Selamat Hariraya Maaf Zahir Batin...
Tahun ini giliran anak menantu beraya bersama pada hariraya pertama.
Roda kehidupan, kami pula menjadi host tidak lagi pulang ke kampong halaman setelah ibubapa tiada.
Selamat Hariraya Maaf Zahir Batin...
Tahun ini giliran anak menantu beraya bersama pada hariraya pertama.
Roda kehidupan, kami pula menjadi host tidak lagi pulang ke kampong halaman setelah ibubapa tiada.
Belum lagi dengan buku -buku...terlalu banyak...setiap kali anak -anak tamat pengajian, berbeg buku lama dibawa balik.. Hendak dilupus dalam tong tak sampai hati...sebahagiannya dibakar dan sebahagian lagi dihantar di pusat kitar semula.
Keseluruhan barang yang dihantar ke pusat kitar semula dapat juga dalam Rm180..
Jika barangan besi besar lain turut boleh dihantar sendiri ke pusat kitar semula rasanya lepas lah kos sewa tong Rm250..
Baru lega menjengah stor..nanti 2,3 tahun penuh lagi...huhu
19Feb-10hb April 2023 cukup 45 hari. Isnin kembali ke tanahair.
Puas memang puas, segera ingin balik, banyak urusan yang perlu disambung sekembalinya nanti..Bila melihat video kebun dan rumah yang jiran kirim hati menjadi sayu..halaman rumah kelihatan tidak terurus. Begitulah keadaannya, itu kita masih ada lagi di dunia, anak-anak sibuk dengan kehidupan masing -masing. Tak hairanlah rumah-rumah pusaka yang semakin uzur tak terurus di kampung, apabila waris semakin jarang pulang ke kampung.