Lawatan Bursa adalah ulangan lawatan 2011. Kalau mengikuti tour, Istanbul dan Bursa termasuk dalam satu pakej. Jika Istanbul dulunya Constatinople merupakan pusat pemerintahan Byzantine, Bursa pula ibukota kerajaan Ottomaniah.
Dulu ke Bursa menaiki bas tour, kini menaiki feri. Feri lebih cepat dan murah. Tiket seorang dalam 110TL seorang mengambil masa selama sejam setengah, berbanding menaiki bas 2jam setengah. Terminal feri Istanbul untuk ke Bursa berada berhadapan dengan Spice Market.
Jika dulu segalanya disusun oleh pemandu pelancong, kini cuba meronda sendiri tempat menarik berdasarkan maklumat internet.
Kami terlepas feri pukul awal pagi. Menurut maklumat internet feri bergerak pukul 8.30 sedangkan kami tiba belum pun pukul 8, tapi gate masuk telah ditutup.
Feri berikutnya pada pukul 10.30, perlu berada awal diterminal untuk pemeriksaan sekuriti.
Mula- mula bercadang ingin menaiki kereta kabel di kawasan peranginan tanah tinggi Uludag, terpaksa dibatalkan. Kerana kesuntukan waktu hanya tempat berhampiran dengan masjid boleh dilawati.
Premis-premis peniagaan baru bersebelahan masjid berbanding dulu
Banyak premis menjual tuala, alas kaki dan sejadah selain cafe- cafe.