Friday, October 10, 2025

Kari Sembilang Kuala Kurau

Bila bermusafir untuk tempoh waktu singkat di Thai baru-baru ini, menggunakan perkhidmatan awam lebih mudah dan berbaloi..Pergerakan dekat boleh menaiki tut tut maupun grab.


Menaiki grab lebih murah dan lebih selesa berbanding tut tut. Pergerakan jauh menaiki van atau bas.








Tambang Hatyai ke Patani menaiki van sekitar 150Baht, sedangkan menaiki grab 250B lebih... untuk perjalanan lebih 2 jam, harga yang dirasakan berbaloi... Lain kali mungkin boleh terus menuju  ke daerah timur dari pintu masuk Padang Besar atau Betong atau Sg Golok. Harga tambang pun tidak banyak berbeza...Dah tak perlulah asyik-asyik Hatyai..

Harga serba serbi di Hatyai pun sudah tidak begitu mesra poket..Lagipun untuk mendapatkan citarasa masakan Thai elok lah terus saja ke sebelah timur selatan Thai. Kebanyakan pengusaha restoran Hatyai berasal dari Timur... Cuma tak semua tempat makan menawarkan harga murah..premis yang sering dikunjungi warga luar harga pun sudah melambung.

Cuma bila menaiki kenderaan awam, pergerakan serba sedikit terbatas..Perlu merancang pergerakan terlebih dahulu berbanding berkenderaan sendiri yang boleh dibuat disaat akhir. Pilihan hotel di daerah timur tidak sebanyak di Hatyai..Kemungkinan sukar mendapat penginapan dimusim puncak adalah tinggi..dengan kenderaan sendiri pilihan kita lebih luas untuk ke mana-mana destinasi.






Sekembalinya dari Siam melunaskan hajat memakan kari ikan  sembilang di Kuala Kurau. Ikut tekak kari sembilang disini memang special..Di sini awal pagi telah dihidang makanan berat..Ternyata harga makanan jauh lebih murah di sini berbanding Hatyai..Kari sembilang, kari kepala ikan merah, sayur campur dan air hanya Rm29 untuk dua orang...di Siam set makanan tengahari dan malam ringkas sudah melebihi harga rm50 untuk 2 orang. 






 

Monday, October 6, 2025

Kopi Robusta & Arabica


Biarpun kebun kecil, semua pokok nak ditanam. Bila orang tanya dikebun tanam pokok apa..Boleh kata apa yang diteka semua ada..yang terbaru adalah pokok kopi. 

Tertarik dengan tanaman kopi sewaktu berkursus di Pejabat Pertanian Kalumpang..Pokok rendah, dahan berbuah sangat lebat...Menurut penjual benih lagi, pokok kopi sangat lasak, boleh hidup dicelah rimbunan pokok lain. Jarak sesama pokok pula tidak begitu jauh,  ciri ciri pokok yang memang dicari..di sempadan kebun, persekitaran agak terlindung dengan pohon besar jiran, jadi pencahayaan tidak begitu baik..cuba menanam pokok-pokok lain tumbesaran tidak begitu menjadi, bahkan mudah mendapat serangan serangga akhirnya mati..




Anak pokok kopi dibeli dari pembekal di Felda Besout Perak..


 Permulaan ini mencuba dengan 7 pokok dahulu, 4 robusta dan 3 arabica..Setiap satu berharga RM 18., sekiranya tumbuh dengan baik boleh tambah lagi dimasa akan datang..Banyak ruang antara pokok buahan yang boleh dimanfaatkan. 


Kita tanam jer dulu, apa nak dibuat dengan biji kopi akan difikirkan kemudian.

Sunday, September 28, 2025

HATYAAI...




Peluang bermusafir luar sempadan datang kembali, terakhir berbuat demikian hujung bulan April lepas namun tak kesampaian di pintu keluar  Bukit Kayu Hitam..nama disenaraihitam keluar negara.

Setelah melunaskan hutang GST gara gara memberi pinjam nama, kini kembali merasai kebebasan. Berdebar ketika menghulurkan pasport di kaunter imigresen, biarpun telah memeriksa status perjalanan secara online, debaran itu tetap ada, kot lah status  online dan kaunter keluar/masuk memberi keputusan berbeza.

Perasaan yang sukar difahami  jika  tidak pernah mengalami situasi demikian.



Jumaat menyinggah dulu di Ban Pecah Tg Piandang Perak untuk menikmati kari sembilang, rupanya di premis ini  menu hanya disediakan  pada cuti hujung minggu..ermm. 

Seawal subuh Sabtu bergerak ke sempadan. 

Pemergian kaliini menaiki pengangkutan awam Siam.  Pergi tak lama  sekadar ingin merasai kebebasan sambil makan-makan di Haatyai. Kenderaan disimpan di pusat transit Changlon. Tanpa membawa kenderaan sendiri urusan lebih mudah..sekadar mengisi borang putih secara online..itu pun meminta pusat transit uruskan dengan bayaran rm3 seorang...Kini tiada lagi mengisi borang fizikal  dipintu masuk..segalanya perlu dibuat online..

Kenderaan bermalam dipusat transit RM15/mlm selain khidmat tambang pergi balik ke pintu sempadan RM30/org. Total kos  Rm rm81 untuk 2 orang..



Menaiki van ke Haatyai 100B atau Rm13.50 seorang. Jika pergi tak lama dan tak banyak aktiviti yang nak dibuat lebih berbaloi menaiki kenderaan awam.


Ulat ulat pun ramai menawarkan khidmat pengangkutan ke sana sini. Kita pun bukan nak ke mana- mana.
 

Untuk merasai rasa sebenar makanan Thai, Selatan Thai lah tempatnya..lebih tepat sebelah Patani, Naratiwat sana..menghala ke utara keenakan makanan mulai menurun.. Atas daripada Bangkok rasa lebih menyerupai makanan sebelah Kemboja, Laos Vietnam. Namun citarasa pastinya berbeza untuk setiap orang. Kita yang rajin menjelajah bermotor maupun berkenderaan berpeluang merasai makanan disetiap destinasi..






Cuma harga di Haatyai tidak semurah dulu..harga makanan setara atau lebih mahal berbanding tanahair..Penginapan hotel, pengangkutan Tut Tut pun begitu..Jadi tak betul jika mengatakan percutian di Thai serba serbi murah..lagipun tukaran matawang tidak berpihak kepada kita..kini 100Baht bersamaan RM13.50, sedangkan suatu ketika 100B bersamaan RM10 atau lebih rendah.

Biarpun sedemikian warga Malaysia tetap berpusu pusu ke sini. Bukan kerana harga lebih murah tapi lebih kepada peralihan destinasi bila telah puas dengan destinasi sama dalam negara..Cuti panjang baru ini untuk melepasi sempadan mengambil masa lebih 6 jam. Berbanding tempat- tempat lain, tawaran pakej  Thai dan Indonesia tetap memberi kelebihan dengan nilai matawang.



Atok atok bila berpergian, dalam kepala adalah ole ole untuk cucu..biarpun untuk diri sendiri tak beli, untuk cucu...Wajib..

Sunday, September 21, 2025

Cecair Kencing Harimau...

Tup tap..tup tap masa begitu pantas berlalu, sebahagian pokok rambutan, durian belanda dan nangka sedang belajar  berbuah sedangkan  pagar keliling kebun belum pun disiapkan lagi. Jadi beberapa kaedah pencegahan pencerbohan haiwan liar dicuba. 

Doa sudah, penggera sudah, Orang2  sudah...mercun pun sudah...Kini mencuba kaedah cairan kencing harimau. Keberkesanan belum pasti..


Ada lagi kaedah yang sedang diusahakan iaitu bunyi gendang menggunakan kuasa angin..Nak tunggu pagar letrik entah bila terlaksana, jadi mencuba dulu kaedah yang boleh terus dilaksanakan. Ketika ini pencegahan lebih kepada haiwan monyet..Babi sudah tidak begitu kritikal kerana sebahagian besar pokok sudah berakar  kukuh melainkan pokok-pokok yang baru disulam atau baru ditanam.

Di kebun rakan, pagar letrik pun tak mampu menghalang sepenuhnya pencerobohan haiwan monyet ini.

Pondok kebun turut digantung dengan cairan ini..kerana terdapat tanda penceobohan kecil..terdapat juga kesan sodokan babi di tanah persekitaran biarpun tidak begitu teruk mungkin penggera aktif membuatkan penceroboh terkejut dan lari..





Botol berongga yang diisi cairan kencing rimau digantung di beberapa sudut kebun selain di pokok yang sedang belajar berbuah. 

Harapnya berkesan... Kita hanya berusaha, selebihnya tawakal..

Wednesday, September 17, 2025

Bukit Bintang KL...

Cuti panjang sempena Hari Malaysia ditambah dengan cuti sekolah hampir semua destinasi sesak dengan orangramai. Dikhabarkan destinasi pantai timur mengambil masa lebih 20 jam.  Ini betul- betul giler. Belum lagi kesesakan di pintu-pintu sempadan dan airport. Warga Malaysia menghabiskn lebih 140juta di Thailand saja...

Mereka yang berebut memenuhkan jalanraya dan destinasi popular barangkali tiada lagi pilihan, inilah kesempatan untuk bersama keluarga dimusim cuti. Jika sebaliknya eloklah mengelakkan berebut kesesakan, rancang dan manfaatkan hari bukan puncak.


Ketika warga Lembah Klang berpusu pusu keluar, destinasi popular Kuala Lumpur rupanya dipenuhi dengan kehadiran pelancong dan orang luarkota pula. Kawasan Bukit Bintang padat.., begitu juga di kawasan tumpuan lain seperti KLCC, motorist begitu sabar dan bersopan melayan kesesakan trafik, tiada kedengaran bingit horn tidak sebagaimana  kota-kota besar terutamanya kota asean lain.

Paling mendapat tumpuan pastinya tempat-tempat makan...Pengunjung sanggup beratur panjang berjam untuk menikmati hidangan di port makan popular.

Di Bukit Bintang kita seakan terlupa bahwa  ini adalah Kuala Lumpur..Premis makanan dan produk arab tersangat banyak dari kiosk kecil sehingga premis besar..sambutan pula luarbiasa. 

Jika tidak mau beratur panjang boleh cari premis yang kurang popular, mungkin sedikit jauh dari kawasan tumpuan. Mentaliti pengunjung, lagi ramai orang beratur, disitulah yang  dituju, berpersepsi bahwa makanan pastinya sedap. Argh  jika benarpun sedap adakah kenikmatan itu dapat dirasai berminggu. 




Biarpun kawasan tumpuan pelancong, harga hidangan arab boleh dikatakan berpatutan berbanding dengan kuantiti hidangan. Makanan berlebihan boleh dibawa balik. Disebabkan harga dan kepelbagaian menu barangkali Malaysia merupakan syurga makanan dunia.






Artis-artis jalanan menghidupkan suasana malam. .cuma terdapat juga pengemis pengemis jalanan mencacatkan pemandangan.






Pertama kali meronda Bukit Bintang diwaktu malam ketika cuti umum dapat merasai vibe tidak kurang hebat dari kemeriahan kota- kota dunia.

Selalunya memang begitu destinasi jauh kita sanggup berhabis sedangkan destinasi hebat tempatan kita sering terlepas pandang...


Tuesday, September 16, 2025

Premis Gunting Bas Mini...

Serius sedih, premis bas gunting berada dipenghujung hayat. Notis pengosongan 14hari Majlis Perbandaran telah diterima. Berusaha sekelian kali memperoleh permit operasi namun gagal biarpun segala syarat telah dipenuhi . Pengosongan atas alasan premis berada terlalu hampir dengan gerai majlis perbandaran selain didakwa lokasi premis berada di tanah  majlis juga..Sebelum ini tanah tersebut dikatakan milik pihak pengurusan apartmen dan kebenaran menduduki telah diperolehi.

Masih berpeluang beroperasi di kawasan berhampiran itu pun bergantung dengan persetujuan pemilik tanah, cuma kedudukan agak jauh ke dalam. Tidak meletakkan harapan tinggi untuk memperoleh kebenaran, cuma masih boleh dicuba..


Bermula dengan sebuah bas, mendapat respon positif pelanggan  ditambah kepada 2 unit... Kedai gunting bas mini turut menarik minat pihak akhbar dan Tv membuat liputan ketika mula beroperasi sekitar 10 tahun dulu, cuma kita tak bersedia menghadapi kuasa viral, dibimbangi masyarakat meletakkan persepsi terlalu tinggi, tidak selaras dengan keadaan sebenar premis, jadi menolak untuk dibuat liputan.

Apabila menumpang tanah, segala tindak tanduk kita terbatas, ingin berhias- hias persekitaran, tanah milik orang, jadi kita teragak agak untuk berbelanja, secara jangkamasa panjang persekitaran mulai tidak begitu ceria...Berbeza di tanah sendiri, kita pun tidak dapat menghalang orang lain dari memacak gerai di kawasan sama yang menyebabkan penampilan keseluruhan begitu dhaif sekali..Maka akan kedengaran  suara suara tidak enak yang memungkinkan kegagalan memperolehi permit operasi..apatah lagi premis berada di laluan sibuk.



Bas pertama ini juga menumpang tanah DBKL, Biarpun dikelilingi kawasan perumahan, kem-kem askar dan polis, kedudukannya  tidak begitu menjolok mata jadi operasi harian bergerak lancar tanpa aduan orang ramai biarpun penampilan mulai uzur..

Kesilapan besar pekerja, membuka kedai ketika malam raya PKP menyebabkan premis  disita DBKL..Apabila premis sudah menjadi perhatian  pelbagai alasan diberi untuk menghalang premis dari terus beroperasi..

Serik dengan premis bergerak, menumpang tanah orang di bandar, maka kita membawa diri dengan mencari premis murah luar bandar. Melainkan premis sendiri, premis sewa kita beralih arah ke kawasan kampung kampung untuk kehidupan lebih tenang..



Percubaan pertama  di Felda Suharto, Hulu Selangor. Pernah berhubung dengan pemilik premis di Senggarang, Batu Pahat entah tiba-tiba tak jadi menyewakan kedai. 

Mana tau mendapat sambutan, model ini boleh dikembangkan ke kampong kampung lain pula..

Dengan berat hati premis bas diberi ke kebun kawan untuk dijadikan kabin berehat...

Hukum alam, setiap bermula akan berakhir..

Monday, September 8, 2025

Air Terjun Chemerong..

Di Trengganu terdapat banyak tempat semulajadi yang menarik..Pantai yang panjang, pulau-pulau maupun gunung ganang. Semasa  melalui pantai di Kuala Dungun, pemandangan pantai di sana begitu indah sekali. 
Begitu juga ketika membuat singgahan di Marang...


Pemerhatian juga mendapati kesedaran terhadap kebersihan ada peningkatan, cuma ketika melihat masih ada yang meninggalkan sampah membuatkan hati begitu sakit..Masih banyak ruang untuk penambahbaikan.





Muara Sungai Marang di mana terdapat jeti untuk ke Pulau Kapas..



Sepanjang Pantai Kelulut Marang meriah dengan tempat makan-makan.
Warong- warong yag dihias dengan lampu LED menghidupkan suasana malam.

Dalam perjalanan balik ke KL memilih  laluan persekutuan Jerangau-Jabor.. Dulu, selain laluan pesisir pantai, selalu juga menggunakan laluan ini untuk ke K.Trengganu..Sejak LPT2 dibuka tidak lagi menggunakan laluan ini. Biarpun terdapat LPT2, laluan ini tetap sibuk.

Berkesempatan mengunjungi semula Air terjun Chemerong ., tidak jauh dari Bandar Al Muktafi Billah Dungun..

Air terjun Chemerong merupakan salah satu air terjun tertinggi pada ketinggian 305m dan antara tercantik Semenanjung Malaysia..






Tarikan utama sebenar air terjun Chemerong perlu berhiking lebih 5-6 jam, namun air terjun ini tetap boleh dilihat dari kejauhan di pintu masuk hutan lipur ini dan juga ketika melalui LPT2.


Selain berhiking, pengunjung boleh bercamping, berkelah dan bermandi mandi di air terjun dan anak sungai 



Terdapat air terjun mini dalam 500m dari bangunan utama hutan lipur. Jika tidak sanggup berhiking ke air terjun utama, dapat berkubang di air terjun kaki gunung ini sudah cukup memberikan kepuasan.



Kemudahan  lain disediakan termasuk tandas -tandas, gerai gerai makan gerai jualan pakaian mandi  dan sewaan pelampong untuk mandi-manda.



Terdapat trek berkonkrit untuk keselesaan pengunjung...


 
Tiket masuk hanya Rm 2. Rugi jika tidak berkunjung ke sini..