click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, December 28, 2010

Kembara Seoul- Part 1

Kami baru tiba di KLIA dari Jakarta pukul 8.40mlm tadi setelah tersangkut di sana sebab terlepas flight. Flight asal 26hb jam 10pg dari Seoul terpaksa ditunda ke petang jam 5.00 sebab terdapat masalah teknikal pada kapalterbang. Sampai Jakarta dah 12 mlm. Flight pagi keesokan hari pun hanya ada untuk 9 orang saja . ., jadi kami menunggu flight sebelah petang. Pukul 5 ptg semalam baru bergerak ke Malaysia.

Foto pun tak sempat upload sebab anak beranak berebut komputer..ha ha..takpa foto akan menyusul kemudian. Kepada teman-teman jomlah berkongsi pengalaman.. semoga berfaedah..



Kembara Seoul -Part 1

Group kami seramai 29 0rang terdiri dari 5 keluarga yang berasal dari Buterworth P.pinang, K.Lipis, Pahang dan 3 keluarga dari Lembah Kelang. Terdapat 3 pasangan kembar bersama kami.. Kami tiba di Seoul Jam 8.30 pagi 22hb waktu tempatan atau 7.30 pagi waktu Malaysia..Pernerbangan selama 6 jam lebih.. Sewaktu sampai cuaca berada pada paras 0 darjah celcius..Pengalaman pertama anak anak aku berkunjung ke negara beriklim empat musim...sebelum tu dah aku bagitau pakai seluar dan baju biar tebal, tapi anak remaja tak berapa nak dengar kata, panaslah, rimaslaa, beratlahh..bila dah merasai sendiri kesejukan baru tau...balik semula ke tandas mengenakan pakaian tebal...

Semalam 21hb pukul 12pm bertolak dari K.l dan transit dulu di Jakarta...aku suka trip sebegini, package 2 in 1 dua negara dapat..

Transit di Jakarta selama 10 jam untuk penerbangan berikutnya ke Seoul pada pukul 12malam. Sementara tunggu penerbangan kami ke Shopping Kompleks Mangga 2.. Aku tak suka... sebab orang ramai sangat dan bersesak-sesak..Sausana seperti di pasar borong, menyesakkan pandangan dan nafas, lagipun malas aku nak tengok lebih-lebih takut terbeli barang lagi..Barang yang terbeli sebelum ini pun banyak tak terpakai lagi..Selepas daripada itu mujur kami dibawa ke restoran makan yang ok..sausana bersih dan makanan sedap...lagi pun tengah lapaar...

Perbezaan nyata antara Jakarta dan Seoul adalah..kesesakan teruk di Jakarta.., kekotoran yang agak ketara di Jakarta. Sampah sarap..., air sungai yang gelap dan berbuih..Seoul aku bagi rating tinggi bab kebersihan nih..Seoul bersih dan kemas..Kelebihan untuk diorang sebab bangunan takda la berkulat sebab cuaca kering..Anak aku pun suka. Walaubagaimana pun perangai pengotor memang terdapat dimana-mana.., adalah segelintir manusia yang buang sampah terutamanya puntung rokok merata-rata.. Tukang sapu sampah nampaknya kena kerja lebihle..

Perbezaan ketara lain adalah pasal kenderaan, di Jakarta banyak kenderaan Jepun atau kenderaan Toyota yang di tukar nama, tapi di Seoul 90 peratus adalah Kia, Hyundai, Daewo, Syangyong...Tekaan aku tepat..masa keluar airport bas yang menjemput mesti Kia..sah betul..

Hari pertama di Seoul kami dibawa melawat ke Istana Presiden, dah jadi acara wajib bila ikut trip berkumpulan...memang elok pun istana Yang Dipertuan Agong Malaysia di buat semula, boleh dijadikan produk pelancongan negara..lepas tu pergi muzium...argh kami anak beranak mengambil syarat melawat je, kami lebih banyak masa melepak di luar muzium mengambil foto sana sini sambil menikmati sausana baru kesejukkan..

Makan tengahhari adalah di Foreign Restoran, masakan India Utara..., dah macam makan kat kedai mamak cuma sausana berbeza , tengah lapar dan sejuk kann..jadi kami membedal..tambah dan tambah..makan secara buffet pulak tu..jadi henjut jelah...Iteiwan Street merupakan satu-satunya tempat yang banyak kedai makanan orang islam, yang diusahakan oleh orang India muslim, Pakistan dan juga orang arab...kawasan tumpuan pelancong islam sebab berdekatan dengan masjid..Jadi kepada pengusaha restoran tu cuba le buka cawangan disini..Peluang terbuka luas, restoran memang sentiasa penuh sesak dengan pengunjung...pengunjung Malaysia,Singapura dll sangat ramai...


Ikuti sambungan dalam Kembara Seoul -Part 2

1 comment:

  1. assalamualaikum.saya nak tanya dari jakarta naik flight apa ye utk ke seoul...kalu tak kisah harap leh kongsi at cik_eka@yahoo.com

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK