Sabtu , 15 Nov 2014.. beriadah berseorangan di laluan biasa. . menyusuri jalan ke Kuandang-Kuang dan kembali semula ke taman.. Adalah jarak kayuhan dalam 25k-30 km. Sebagaimana anggota manusia akan meragam apabila sesekali dikerah, begitulah terjadi dengan basikal aku..Memang agak lama tidak berkayuh..,dalam 10km terakhir, tayar mengalami kebocoran.. Terpaksa menelefon bantuan untuk meneruskan perjalanan.
Malang tidak berbau..
Kekadang semua aspek keselamatan telah kita ambil, tetapi kemalangan tetap juga
berlaku.., bukan kerana kecuaian kita, tapi orang lain. Begitulah apa yang
terjadi dengan kemalangan yang melibatkan sebuah motorsikal dan basikal baru
baru ini. Riadah berbasikal, melalui laluan paling tepi jalan, di pinggiran
Tasik Biru Kundang tetap mengundang
kemalangan.
Menurut saksi di tempat kejadian, anak muda bermotorsikal yang
menonggang secara berbahaya merempuh penonggang basikal seorang wanita awal
20an.
Akibat kejadian itu yang pelik penonggang basikal secara zahirnya
mengalami cedera ringan tetapi penonggang , motorsikal mengalami patah tangan serta
kecederaan berdarah di muka dan dahi..
Kedua dua mangsa dibawa ke Hospital Sg
Buluh menaiki ambulan yang dihubungi oleh orang ramai yang berada di lokasi
kejadian.
Iktibar yang boleh
diambil dari kejadian ini.. Bersiap sedialah dengan sebarang kemungkinan..
Mulakan perjalanan dengan doa.. Hanya Dia yang mempu memelihara keselamatan
kita.
No comments:
Post a Comment