Tugu Negara yang merupakan sebahagian Taman Tugu sering dilawati, kalini meninjau kawasan persekitaran Taman Tugu.
Membaca catatan yang dipamerkan dipintu masuk kawasan berpagar Taman Tugu, seketika dulu kawasan ini menjadi tempat buangan sampah haram, atas inisiatif csr Khazanah Nasional kawasan ini dijadikan sebahagian jaringan hutan bandar Kuala Lumpur.
Kunjungan pertama ini tidak masuk ke dalam kawasan berpagar Taman Tugu sebaliknya meronda di jalan yang melingkari taman tugu.
Teruja mengetahui halatuju jalan dikawasan ini yang membelah kawasan hijau berbukit.
Baru tahu di Persiaran Sallehudin ini terdapat Istana Selangor.
Menyusuri lagi jalan, bertembung dengan Jalan Sultan Sallehudin. Banyak kali lalu disini, baru tahu jalan ini boleh berhubung ke Tugu Negara melalui celahan hutan bandar.
Di Jalan Sultan Sallehudin terdapat Kompleks Kementerian Pertanian dan Asas Tani, ibupejabat Jabatan Hutan dan Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia.
Wah berjaya bertemu semula jalan mula-mula masuk ke Taman Tugu tadi.
Meronda lagi sana sini...
Walaupun meronda jauh, dengan suasana redup dibayangi pepohon, kepenatan tidak begitu dirasai.
Memang best riadah kalini.
Teruja untuk beriadah dikawasan berpagar Taman Tugu di kunjungan akan datang...
Jom jom jom ...
No comments:
Post a Comment