Sesudah melewati plaza Tol Temerloh, LPT akan terpandang papan tanda Jerantut dipersimpangan jalan utama. Jika tanpa urusan, berpergian sekadar untuk berjalan-jalan, tiada petunjuk menarik untuk membawa pengunjung ke bandar itu.
Merujuk internet rupanya Jerantut adalah daerah TERbesar di Pahang dan banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Jika minat dengan aktiviti lasak, disinilah lubuknya. Taman Negara berada di daerah ini., Puncak TERtinggi semenanjung, Gunung Tahan juga berada di daerah ini.
Kawasan bersejarah Kota Gelanggi juga boleh di dapati di Jerantut. Pahlawan negara Mat Kilau disemadikan di Jerantut... dan banyak lagi.
Atas urusan kerja di Jengka terpandang papan tanda berwarna coklat Kota Gelanggi yang memberi petunjuk tempat ini merupakan kawasan tarikan pelancong, segera mencari maklumat di internet, yea Kota Gelanggi merupakan penempatan pra sejarah Jerantut. Dikatakan terdapat artifak dan rangka manusia berusia ribuan tahun ditemui disini.
Di kawasan bukit batu kapur ini terdapat banyak gua-gua pelbagai nama yang dikatakan terdapat penempatan awal manusia ribuan tahun dahulu.
Terdapat usaha memperelok dan mempromosi Taman Warisan Kota Gelanggi ini sebagai kawasan tarikan pelancong Jerantut, namun berdasarkan keadaan semasa kawasan ini terbiar.
Kawasan tempat parking kereta dan bas ditumbuhi semak samun
Mengikuti papantanda, pejabat membeli tiket boleh diperolehi disini, namun tutup...dari luar keadaan begitu menyeramkan.
Tidak jauh dari Taman warisan, terdapat Felda Tekam Residence, satu-satunya penginapan ala resort berhampiran. Di lobi hotel dipamerkan catatan sejarah menakjubkan Taman Warisan Kota Gelanggi. Namun keadaan semasa taman sangat menyedihkan.
Bersembang dengan pengusaha gerai makanan tidak jauh dari taman, dimaklumkan taman warisan akan diberi nafas baru. Harapnya begitulah. Hasil bacaan mendapati didalam gua-gua terdapat sungai jernih yang mengalir. Huh alangkah bagusnya jika didalam gua dibina laluan pengunjung dihiasi lampu-lampu. Tiru saja konsep Gua Tempurung di Perak.
Walaupun prasarana tidak terurus, gua tetap dikunjungi oleh kaki outdoors setiap hujung minggu dan kelepasan am.
Pahang negeri yang luas. Pelbagai suasana boleh dinikmati. Untuk merasai suasana dingin boleh menuju ke tanah tinggi.
No comments:
Post a Comment