Baru-baru ini dua orang
rakan setaman berpindah ke alam baru. Kedua-duanya kecundang dengan penyakit
kanser. Arwah wanita diserang kanser payu dara, manakala arwah lelaki kerana
kanser paru-paru.. Ya rezeki dan
ketentuan masing-masing… Ditakdirkan mereka mendahului rakan yang lain. Tak
mengapalah yang pergi biarkan pergi kita yang hidup perlu teruskan penghidupan.
Ajal maut ditangan
Tuhan, namun kita diberi pilihan untuk berikhtiar. Melihat semakin ramai yang
kecundang dengan penyakit kritikal di awal usia, kita kena melihat semula gaya
hidup . Adakah kita telah benar-benar mengamalkan
gaya hidup sihat. Bagi yang perihatin dengan kesihatan, cukupkah dengan hanya
bersenam dan berdiet tapi mengambil
ringan dengan air yang digunakan seharian. Ternyata ramai yang terlepas pandang
mengenai air, samada yang diminum atau penggunaan lain. Ianya kelihatan
simpel, tapi air dengan izin Allah boleh mengawal kesihatan
seseorang kerana lebih 75 peratus komponen tubuh manusia terdiri dari air.
Setelah membaca buku
mengenai keperluan air untuk tubuh, baru difahami peri pentingnya air berkualiti untuk sistem badan
berfungsi dengan sempurna. Sejumlah
kuantiti air berkualiti perlu sentiasa berada didalam sistem tubuh. Tanpa
air berkualiti organ-organ penting terpaksa berkerja keras untuk mengekalkn
fungsi tubuh ke tahap yang optimum. Keperluan minima air berkualiti diperlukan
oleh tubuh adalah sekurang-kurangnya 30ml x
BERAT BADAN manusia sehari.
Sistem tubuh dijadikan
canggih.. Ia akan kekal berfungsi walaupun dalam keadaan kekurangan air. , tapi
sistem tubuh dengan sendiri akan mencatu keperluan air dengan memberi keutamaan untuk fungsi yang lebih utama
demi kelangsungan hidup.
Keperluan air untuk fungsi yang agak kurang kritikal akan ditangguhkan
pengagihannya. Dan selalunya sistem perkumuhan akan mula –mula dicatu… Untuk jangka pendek
kita tidak merasai tapi untuk jangka
panjang apabila semakin banyak toksik terkumpul didalam tubuh ianya
akan mengundang pelbagai penyakit…Sel sel berpenyakit mudah sangat merebak dalm sausana badan yang berasid.
Pencemaran udara
semakin teruk. Udara yang disedut menghasilkan toksik dalam tubuh. Gaya hidup
moden mempercepatkan kadar pengumpulan
toksik dalam badan. Banyak makanan/minuman yang telah siap diproses.. Semuanya begitu tercemar dengan pengawit…Makan
–makan pula tanpa kira masa. Tengah malam yang sepatutnya digunakan untuk
merehatkan minda dan badan diganti dengan makan-makan di restoran 24 jam... Bersenam
pula kurang..Jadi tidak hairanlah pengidap penyakit kritikal kini tidak perlu
menunggu usia dewasa.
Sebagaimana air di
akuarium yang perlu sentiasa di tukar untuk mengekalkan kesihatan ikan., kita
juga perlu menukar air dalam tubuh untuk
kekal sihat. Bukan dengan sembarangan
air kerana air bukan sekadar Air..… Begitulah peri pentingnya air.
Bhg 2 artikel ini boleh dibaca …DI SINI
No comments:
Post a Comment