Wednesday, June 3, 2015

Air… Bukan Sekadar Air…


Baru-baru ini dua orang rakan setaman berpindah ke alam baru. Kedua-duanya kecundang dengan penyakit kanser. Arwah wanita diserang kanser payu dara, manakala arwah lelaki kerana kanser paru-paru.. Ya rezeki dan ketentuan masing-masing… Ditakdirkan mereka mendahului rakan yang lain. Tak mengapalah yang pergi biarkan pergi kita yang hidup perlu teruskan penghidupan.

Ajal maut ditangan Tuhan, namun kita diberi pilihan untuk berikhtiar. Melihat semakin ramai yang kecundang dengan penyakit kritikal di awal usia, kita kena melihat semula gaya hidup . Adakah kita telah  benar-benar mengamalkan gaya hidup sihat. Bagi yang perihatin dengan kesihatan, cukupkah dengan hanya bersenam dan  berdiet tapi mengambil ringan dengan air yang digunakan seharian. Ternyata ramai yang terlepas pandang mengenai air, samada yang diminum atau penggunaan lain. Ianya kelihatan simpel, tapi  air  dengan izin Allah boleh mengawal kesihatan seseorang kerana lebih 75 peratus komponen tubuh manusia terdiri dari air.

Setelah membaca buku mengenai keperluan air untuk tubuh, baru difahami  peri pentingnya air berkualiti untuk sistem badan berfungsi dengan sempurna.  Sejumlah kuantiti  air berkualiti  perlu sentiasa berada didalam sistem tubuh. Tanpa air berkualiti organ-organ penting  terpaksa berkerja keras untuk mengekalkn fungsi tubuh ke tahap yang optimum. Keperluan minima air berkualiti diperlukan oleh tubuh adalah sekurang-kurangnya 30ml x  BERAT BADAN manusia  sehari.

Sistem tubuh dijadikan canggih.. Ia akan kekal berfungsi walaupun dalam keadaan kekurangan air. , tapi sistem tubuh dengan sendiri akan mencatu keperluan air dengan memberi  keutamaan untuk fungsi yang lebih utama demi  kelangsungan  hidup.  Keperluan air untuk fungsi yang agak kurang kritikal akan ditangguhkan pengagihannya. Dan selalunya sistem perkumuhan  akan mula –mula dicatu… Untuk jangka pendek kita tidak  merasai tapi untuk jangka panjang apabila semakin banyak toksik  terkumpul didalam  tubuh ianya  akan mengundang pelbagai penyakit…Sel sel berpenyakit mudah sangat merebak dalm sausana badan yang berasid.

Pencemaran udara semakin teruk. Udara yang disedut menghasilkan toksik dalam tubuh. Gaya hidup moden  mempercepatkan kadar pengumpulan toksik dalam badan. Banyak makanan/minuman yang telah siap diproses.. Semuanya  begitu tercemar dengan pengawit…Makan –makan pula tanpa kira masa. Tengah malam yang sepatutnya digunakan untuk merehatkan minda dan badan diganti dengan makan-makan di restoran 24 jam... Bersenam pula kurang..Jadi tidak hairanlah pengidap penyakit kritikal kini tidak perlu menunggu usia dewasa.

Sebagaimana air di akuarium yang perlu sentiasa di tukar untuk mengekalkan kesihatan ikan., kita juga  perlu menukar air dalam tubuh untuk  kekal sihat. Bukan dengan sembarangan air kerana air bukan sekadar Air..… Begitulah peri pentingnya air.

Bhg 2 artikel ini boleh dibaca  …DI SINI


No comments:

Post a Comment