click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, April 6, 2020

Diari PKP...

Isnin 6hb April 2020

Penulis berpendapat orang yang paling kurang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan, PKP ini adalah mereka yang tinggal di luarbandar, untuk makan minum tidak menjadi masalah asalkan rajin mengusahakan tanah keliling rumah., manakala yang paling teruk terpukul mereka yang berkerja gaji hari dan tinggal pula dibandar.

Mereka yang bergaji bulanan akan bergembira sebentar, kerja dari rumah, gaji dapat walaupun tidak perlu hadir ke pejabat atau tempat kerja, tapi mereka juga bakal terkesan jika wabak masih berleluasa dan pkp terus dilanjutkan. Tiada majikan yang sanggup menanggung perbelanjaan tinggi setiap bulan tanpa produktiviti. Wabak covid19 ini adalah malapetaka dunia.

Menyedari pkp mungkin dilanjut, hari-hari penulis mengikuti perkongsian ilmu warga tani kota di utube., bagaimana mereka memanfaatkan ruang terhad perkarangan rumah untuk mendapatkan hasil tanaman keperluan asas secara optimum...



Harini penulis menyediakan batas untuk menanam keladi dipinggir longkang tanah, dikawasan wakaf tempat penulis selalu melepak. 7 pokok benih keladi sudah memadai. Selain dijadikan sebahagian landskap taman, ubi dan batang keladi juga sangat enak dimasak dan dibuat sayur...

Sebenarnya banyak lagi perkongsian ilmu utube yang memberi inspirasi untuk penulis mencubanya, antaranya membuat baja organik, racun serangga organik, penggalak daun dan buah organik yang semuanya boleh dicuba dengan sangat mudah dan murah...

Sekiranya penat diluar boleh juga memanfaatkan waktu ketika di dalam rumah, paling mengujakan iƱgin mencuba membuat sabun secara organik dan aiskrim pelbagai perisa...aiskrim malaysia itu biasa, tapi ini aiskrim superlembut seperti aiskrim jenama terkenal dipasaran.

Wahh jom jom kita memanfaatkan tempoh PKP ini dengan aktiviti berfaedah,  patuhi arahan berkurung dirumah. Moga wabak ini segera tamat..Aminn.




2 comments:

  1. Banyak aktiviti berfaedah yang boleh kita lakukan semasa tempuh PKP ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea wak kena cari aktiviti kalu tak bantal saja yang dicari

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK