click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, January 31, 2024

3T...


 Hari Rabu sepatutnya ke kebun bukit, Kembara masih lagi di bengkel sedang dibaikpulih.  Minggu lepas tak pergi kerana berada diluar kawasan. 

Kesempatan ini digunakan membersihkan kebun tumpang di hadapan rumah. Bakar sampah berdaun yang lama dilonggokkan, tak boleh dibakar sebab hampir setiap hari hujan. Pangkas daun pisang tua, tebang pokok yang berpenyakit, cabut rumput pangkal pokok nenas dll. Tanah tak luas sejam ke 2 jam dah selesai. 

Sambil membersih pangkal, menuai batang keladi.



 Pokok keladi masa mula tanam memang agak susah nak hidup, kurus dan pendek. ,   sekarang ni musim hujan galak merebak dipersekitaran, membesar dengan sihat dan tinggi cuma tidak berkeladi bila dicabut. 

Pokok kangkung pun begitu. 

Sayur batang keladi dan kangkung memang feveret penulis.


Cuma ini saja yang leceh memasak batang keladi. Menyiang mengambil masa lama sampai berkedut dan hitam  jari jemari terkena getah batang keladi. Takpa.. pelan-pelan kayuh..


Jika ada tanah kosong dipersekitaran  tiada alasan untuk kita tidak mencubanya.  Tanam, Tinggal dan Tuai atau 3T.

5 comments:

  1. seronok masa menuai...masa nk tanam tu..berchenta...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kena cari pokok yg senang jaga..supaya semangat tak patah ditengah jalan..

      Delete
  2. Masak asam rebus batng keladi dengan kangkung goreng belacan. Sedapnya wak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ada juga yg suka..ingatkan x ramai yg suka masakan kg camni

      Delete
    2. saya orang kampung wak jadi sesekali lauk kampung memang mantul

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK