Wednesday, January 31, 2024

3T...


 Hari Rabu sepatutnya ke kebun bukit, Kembara masih lagi di bengkel sedang dibaikpulih.  Minggu lepas tak pergi kerana berada diluar kawasan. 

Kesempatan ini digunakan membersihkan kebun tumpang di hadapan rumah. Bakar sampah berdaun yang lama dilonggokkan, tak boleh dibakar sebab hampir setiap hari hujan. Pangkas daun pisang tua, tebang pokok yang berpenyakit, cabut rumput pangkal pokok nenas dll. Tanah tak luas sejam ke 2 jam dah selesai. 

Sambil membersih pangkal, menuai batang keladi.



 Pokok keladi masa mula tanam memang agak susah nak hidup, kurus dan pendek. ,   sekarang ni musim hujan galak merebak dipersekitaran, membesar dengan sihat dan tinggi cuma tidak berkeladi bila dicabut. 

Pokok kangkung pun begitu. 

Sayur batang keladi dan kangkung memang feveret penulis.


Cuma ini saja yang leceh memasak batang keladi. Menyiang mengambil masa lama sampai berkedut dan hitam  jari jemari terkena getah batang keladi. Takpa.. pelan-pelan kayuh..


Jika ada tanah kosong dipersekitaran  tiada alasan untuk kita tidak mencubanya.  Tanam, Tinggal dan Tuai atau 3T.

Sunday, January 28, 2024

Tok Aman Bali Resort ...

Simpan sini sebagai kenangan. Setelah mereka besar nanti pasti gelak melihat gelagat ketika kecil...





Cucu ke 3 berusia 3 thn




5 tahun dahulu, cucu sulong ketika berusia 2 tahun.








 Cucu lelaki setahun ...

Saturday, January 27, 2024

Galeri Kiah Pekasam, Lenggong..

Pada ketika usia pencen, kita mengambil peluang melawat anak cucu. Mereka sibuk berkerjaya tidak mempunyai banyak masa terluang.




Rancangan asal sesudah Bagan Serai, melawat cucu yang menjalani pembedahan kecil, kami akan terus   ke P.Pangkor, sudah terlalu lama tidak ke sana. Mendapat tau cucu ke 3 dan 4  ada di Trengganu. Anak cucu akan menghadiri kenduri rakan yang bernikah di Tok Bali, Bachok Kelantan pada hari Sabtu.

Kensel Pulau Pangkor terus ke Pantai Timur..

Dalam perjalanan singgah sana sini, antaranya Tasik Raban, Taman Geopark Lenggong dan  tarikan terkini Galeri Kiah Pekasam, Lenggong.



Usaha berani membawa  makanan tradisi ke paras lebih tinggi. Berkesempatan bertemu  pengusaha dan mencadangkan supaya menambah baik packaging untuk lebih internasional. Jika produk  dibungkus didalam kotak comel rasanya ramai tertarik untuk menjadikannya cenderahati kepada rakan taulan, jiran tetangga dll. 



Premis masih biasa- biasa, selalunya akan berevolusi seiring dengan masa dan akan bertambah cantik dimasa akan datang. 




Pemanduan adalah santai..Singgah di R & R  Banjaran Titiwangsa Leburaya Timur Barat Grik-Jeli. 

Perhentian milik persendirian perlu mendapat sokongan kerajaan negeri supaya penampilan hentian lebih nasional. Premis janji pacak sudah sangat ketinggalan zaman. Lokasi strategik dan cuaca sangat nyaman adalah nilai tambah untuk menarik lebih ramai pengunjung datang . Leburaya juga sudah sampai masa dinaik taraf kepada empat lorong.

Akan berada di Pantai Timur 2 malam. 

Malam pertama menginap di Aman Tok Bali Resort, Bachok Kelantan. Kali terakhir menginap di resort ini 5 tahun dahulu, mujur sebahagian besar gambar disimpan dalam diari  YR ini, boleh dilihat semula untuk mengimbau kenangan.


Cucu sulong ketika ini berusia 2 thn

Malam berikutnya akan bermalam di  Rumah Pusaka Chendering K.Trg.



Dua orang budak bogel...



Friday, January 26, 2024

Kembara-Top Overhaul





Kembara tahun 1998 kini berusia lebih 26 tahun, tak pasti samada sebelum ini pernah dibuka enjin atau tak..Melihat keadaannya macam belum, berkeladak, tersumbat sana sini dan air telah memasuki blok enjin, selain gasket, radiator  juga terdapat kebocoran, patutlah air cepat benar menyurut dan   enjin semput ketika mendaki. Macam tak percaya masih boleh dipandu jauh.


Kos sebenar belum diketahui, Rm1000+ sudah pasti.

Selepas dibaikpulih nanti baru ada keyakinan dibawa jauh dengan tenang...

Thursday, January 25, 2024

Berkelah Sumpitan Lenggong

Cuti Thaipusam, kami berkelah di Riverrine Kg Sumpitan Lenggong Perak.

Panaskan semangat dulu sebelum berkhemah sambil bermalam. CamperKembara sedang disiapkan termasuk memantapkan enjin. Sekarang dibengkel untuk top overhaul.

 Anak menantu serta cucu memang berminat menjalankan aktiviti begini, cuma belum ke tahap bermalam. Melihat kepada kecenderungan, kemungkinan untuk bercamping diwaktu malam adalah cerah..Ketika ini asyik membelek peralatan perkhemahan seperti khemah dll. Mungkin yang menjadi batu penghalang adalah keselesaan tidur di khemah tanpa AC. Budak-budak zaman sekarang tidur di dalam AC sudah menjadi satu keperluan. 

Mungkin untuk membiasakan diri akan memulakan perkhemahan malam dimulai dengan bercamping di tanah  tinggi seperti Cameron Highland. Tapak perkhemahan di sini  tersangat dingin. Kalau dah terbiasa dengan persekitaran bercamping akan terbit rasa seronok berkhemah tidak kira cuaca, sudah boleh berkompromi dengan keselesaan.

  Atmosphere bercamping bersama rakan seperkhemahan sambil bermasak-masak  yang membuatkan kita ketagihan. Walaupun masakan ala kadar, makan-makan tetap penuh berselera..























 Tak perlu mahal untuk berhealing.


Jomla bercamping...

Wednesday, January 24, 2024

Kedai Berhantu...

Kedai maya itu ibarat aliran air sungai, nampak tenang di permukaan, sangat deras di dasar.
Kedai dibuka 24 jam., itu yang menjadikannya berhantu, boleh membeli sambil berbaring., dengan satu klik dihujung jari, duit berpindah akaun tanpa sayang berbanding jika membeli di kedai fizikal.

Misi melengkapkan peralatan camperKembara diteruskan ...
 

Membeli penyangkut khemah sisi Rm23 termasuk pos.

Penyangkut vakum ini  dilekatkan dibumbung kenderaan dan khemah boleh terus disangkut dipenyangkuk yang disediakan.  Mudah, pantas dan kemas.


Tilam kekabu Rm107 termasuk pos.

Tilam bersaiz 190cm x 150cm x 6cm. Sedikit lebar berbanding 120cm kelebaran lantai tapi tilam sangat fleksibel untuk dilipat ke dinding.




Sebelum ini menggunakan tilam  bujang sediada kelebaran 90cm, hanya selesa untuk tidur seorang. Tilam kekabu  dipadankan dengan topper ukuran 190 x 120 x 3 supaya susunan lebih kemas dan mantap.





Tambah semangat melengkapkan camperKembara bila cucu- cucu sangat suka. Masing-masing cakap I like it...








Setakat untuk berhealing, tak perlu mahal- mahal...guna saja apa yang ada...
 
Jomlah bercamping...