Wednesday, January 24, 2024

Kedai Berhantu...

Kedai maya itu ibarat aliran air sungai, nampak tenang di permukaan, sangat deras di dasar.
Kedai dibuka 24 jam., itu yang menjadikannya berhantu, boleh membeli sambil berbaring., dengan satu klik dihujung jari, duit berpindah akaun tanpa sayang berbanding jika membeli di kedai fizikal.

Misi melengkapkan peralatan camperKembara diteruskan ...
 

Membeli penyangkut khemah sisi Rm23 termasuk pos.

Penyangkut vakum ini  dilekatkan dibumbung kenderaan dan khemah boleh terus disangkut dipenyangkuk yang disediakan.  Mudah, pantas dan kemas.


Tilam kekabu Rm107 termasuk pos.

Tilam bersaiz 190cm x 150cm x 6cm. Sedikit lebar berbanding 120cm kelebaran lantai tapi tilam sangat fleksibel untuk dilipat ke dinding.




Sebelum ini menggunakan tilam  bujang sediada kelebaran 90cm, hanya selesa untuk tidur seorang. Tilam kekabu  dipadankan dengan topper ukuran 190 x 120 x 3 supaya susunan lebih kemas dan mantap.





Tambah semangat melengkapkan camperKembara bila cucu- cucu sangat suka. Masing-masing cakap I like it...








Setakat untuk berhealing, tak perlu mahal- mahal...guna saja apa yang ada...
 
Jomlah bercamping...




1 comment: