Wednesday, March 4, 2015

Ekspedisi Transjava....Goa Pindul...

Jika anda ingin meronda di Jogja dengan kos yang murah lagi pantas, tiada lain yang sebaik motorsikal. Disana banyak kedai menawarkan khidmat sewa motor. Kos sewa sehari dalam lingkungan 60-100ribu..Jika hanya ingin meronda disekitar Jogja, motor matic adalah pilihan terbaik.. Mereka merujuk skuter outomatik sebagai motor matik.



Sementara menunggu rakan 5 orang tiba kami menyewa motor  untuk melawat  Gua Pindul berjarak 50 km dari Jogjakarta. Gua batu kapor yang terdapat aliran sungai didalamnya..Begitulah keterangan penyambut tetamu hotel  kami menginap..Segera terbayang kejernihan air yang tak putus mengalir didasar gua. Seawal  7 pagi kami bertolak ke sana. Bergerak  berpandukan peta. Bila rasa hilang arah akan menanya penduduk setempat. Penduduk Di P. Jawa ini nampaknya lebih berpengetahuan mengenai sesuatu lokasi berbanding penduduk Sumatera dulu. Mereka di sini   memberi anggaran jarak dan masa untuk tempat  dikunjungi dengan agak tepat.  Di Sumatera mereka lebih selesa menganggarkan jarak yang dituju dalam bentuk tempoh diperlukan untuk sampai berbanding jarak dalam kilometer. Lecehnya, walaupun jarak yang dekat mereka menganggarkan tempoh yang tidak munasabah. Jika seratus peratus percaya nescaya pengembara akan lemah semangat walhal tempoh sebenar untuk sampai tidaklah selambat itu.


Gua Pindul wisata yang terkenal..hehe wisata tu kawasan pelancongan. Jadi tidak sukar untuk ke sana. Berbaki 10km sudah ada peraih yang menunggu dipinggiran jalan untuk memandu arah pengunjung .. Seperti ulat ulat tiket lah ni.. Mereka sebahagian team induk yang menawarkan khidmat jurupandu. Memasuki kawasan wisata memang banyak bayaran yang dikenakan. Melalui jalan ke lokasi dikenakan tol yang dipungut oleh penduduk setempat. Setibanya  dilokasi dikenakan bayaran masuk. Belum lagi caj parking motor. Setelah diserahkan ke jurupandu induk ada bayaran lagi  dikenakan untuk memasuki kawasan gua dan menggunakan peralatan pelampong dan jaket keselamatan.
Pekena buah buahan dalam perjalanan ke sana..

Pengunjung memang ramai. Setelah urusan pendaftaran  selesai segera dibawa ke gua. Masuk  menggunakan pakaian sediada. Basah pun basahlah. Menerokalah kami didalam gua dengan menaiki pelampong sambil ditarik oleh jurupandu. Jurupandu menerangkan serba sedikit pembentukan stalaktait stalagmait.. Ermm manalah dengar dengan bilangan pengunjung yang ramai itu,,Layan perasaan masing masing ler..Tak lebih 100m kami telah tiba ke penghujung gua. Foto di gua tiada pulak digaleri album jadi tidak dapat disertakan dalam coretan ini.



Melihat kepada prasarana yang serba sederhana tak pastilah samada kemudahan ini disediakan oleh pemerintah. Keseluruhannya  memang dibawah tanggapan  awal.  Pandangan peribadilah yea. Berbeza dengan gambaran yang diberikan. Ingatkan air jernih semula jadi yang tak putus mengalir di dasar gua..rupanya air separas pinggang adalah air yang diempang..Ermm patutlah keruh semacam...! Tapi Kira bolehhlah..!


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK