Ekspedisi semalam boleh di baca Ekspedisi Hari Ke 2
Secara peribadi setelah beberapa hari di Pulau Jawa menelusuri kampong dan pekan mendapati kehidupan penduduk di sana tidaklah sesusah sebagaimana gambaran selama ini. Banyak juga rumah rumah cantik berlatarbelakangkan pemandangan sawah..Jika dipekan walaupun padat tapi boleh tahan kemas. Mereka juga kelihatannya berdisplin menjaga kebersihan menilai dari kebersihan gerai-gerai tepi jalan sepanjang laluan kami. Setelah merentasi daerah daerah di Jawa Tengah dan Timur didapati keadaan jalan juga boleh tahan baik . Melintasi trek keretapi keadaan memang agak hiruk pikuk selain permukaan jalan yang bergelombang. Menghampiri pekan keadaan mula serabut dengan pelbagai aktiviti wargakota selain banyaknya kenderaan bersimpang siur. Namun terdapat inisiatif pihak PBT cuba mengindahkan persekitaran. Di lampu lampu isyarat terdapat ramai peniaga jalanan yang cuba menjual barang dagangan mereka. Terdapat juga ramai sukarelawan yang menguruskan aliran trafik untuk keluar masuk simpang atau mencari tempat parking.. Jika di luar kawasan pekan para sukarelawan ini mendapat tips dari pengguna jalanraya. Di pekan pekan selain tips, mereka mendapat persen dari kutipan caj parking yang dikenakan kepada pengguna.
Harini kami meneruskan perjalanan ke Malang. Seawal pagi telah meninggalkan Caruban. Perlu segera tiba di Malang untuk membersih dan mengeringkan pakaian yang terkena hujan malam sebelumnya. Dalam perjalanan menambah minyak enjin yang mengalami penyusutan kerana diasak setiap hari. Kelebihan bermotor kecil..tiada menghadapi masalah mendapatkan khidmat pomen. Bengkel banyak di sepanjang laluan..
Sambil itu menyemak semula laluan yang dicadangkan oleh GPS. Ternyata bukan laluan yang dikhendaki. Laluan utama yang dicadangkan akan membawa kami ke Surabaya sebelum menghala ke Malang setibanya dipersimpangan terakhir. Laluan utama ini bakal dilalui lagi untuk destinasi seterusnya. Kami mengubah haluan melalui jalan pantai di sebelah selatan pulau. Tiada ertinya meronda jika acapkali melalui laluan sama .

Bermotor kecil juga membolehkan kita menikmati pemandangan sekeliling dengan mudah...Peluang untuk menikmati sausana baru..Adat berkunjung ke tempat baru., kita akan betemu dengan pelbagai pemandangan yang kekadang jarang dilihat ditempat sendiri..
Tertanya-tanya gerangan apakah yang sedang dilakukan oleh pemuda itu di terusan ini.
Beliau sedang menangkap ikan dengan memberikan kejutan elektrik melalui rod yang disambungkan dengan bateri yang diletakkan di pelampong...hehe
Banyak nama pekan di daerah-daerah
yang dilalui, pernah didengari sewaktu di Malaysia..Jombang, Tolongagung,
Jember, Trenggalek..hehe sekadar menyebut beberapa nama..Memang ramai pekerja
Indonesia dari daerah-daerah disini yang mencari rezeki di Malaysia.
Sebelum jam 3 ptg tiba di Malang. Digambarkan Malang kawasan tanah tinggi. Terbayang sebelum itu akan udaranya yang nyaman..Ermm hanya tinggal harapan..Cuaca biasa biasa saja.. Perlu ke kawasan pergunungan untuk menikmati cuaca sejuk. Bandar Malang pun boleh tahan serabut..Secocoklah dengan namanya.
Menelusuri pekan besar mau pun kecil seringkali terbaca papantanda sebegini.. Apotek. Tertanya-tanya juga apa ke benda Apotek nih..Di Malang persoalan itu terjawab. Penduduk setempat memberitahu Apotek itu adalah Farmasi. Berdasarkan pemerhatian sepanjang ekspedisi ini bilangan farmasi mengatasi Praktek Umum hehe.. Praktek Umum tu adalah General Practioner (GP) yang membawa maksud klinik swasta lah kalau di tanah air..

Di Malaysia isu ini sedang hangat dibicarakan. Pengasingan pemberian ubat dan rawatan. Ketika ini pemeriksan, rawatan dan pemberian ubat boleh didapati di klinik.. Pihak farmasi sedang melobi supaya pemberian ubat hanya boleh diperolehi di farmasi. Selain faktor kos meningkat dan kesulitan kepada pengguna , dibimbangi peranan ahli farmasi bakal menenggelamkan fungsi doktor jika pesakit mengambil jalan pintas mendapatkan ubat tanpa preskripsi yang betul dari doktor bertauliah.
Di Malang kami menginap dihotel bajet.. Bolehlah janji boleh melelapkan mata…!
No comments:
Post a Comment