click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, March 2, 2015

Transjava- Bermulanya Kembara

12hb Feb 2015 tibalah kami ke Jogjakarta. Kami berdua. 5 peserta lagi akan menyusul pada 14hb. Kami bertolak awal untuk menguruskan penyewaan motor di sana.  Rasanya ini kali kedua menjejakkan kaki di sini. Kehadiran pertama pada tahun 2000  melalui jalan darat dari Jakarta . Pertama kali melihat Jogja dari udara tak sangka  masih banyak kawasan hijau..Hutan masih lagi banyak, sawah masih lagi terbentang luas bermakna takdalah padat sangat penduduk di sana berlawanan dengan anggapan selama ini.

Lapangan terbang AdiSucipto walaupun berstatus antarabangsa namun sangat sederhana. Terasa macam stesen bas pulak. Tempat mengambil bagasi bersebelahan kaunter imegresen di pintu masuk utama yang hanya beberapa meter dari kapalterbang di parking. Urusan imegresen mudah. Selesai urusan terus menuju ke kaunter menawarkan khidmat pengangkutan dan hotel. Hari pertama kami tinggal di Gallery Hotel dalam 4km dari pusat bandar .. Hotel baru dibina dengan caj 525 ribu lebihkurang RM160 oklah tak mahal untuk bilik 2 katil berasingan. Hotel  dilengkapi dengan kolam renang.

Bandar Jogja , bandar lama ..serba serbi lama..bangunan lama bersulam bangunan baru., sistem jalanraya lama..Pengangkutan juga masih mengekalkan kaedah lama..Ada beca, kereta kuda disamping kenderaan moden lain, Jalan sempit. Kenderaan banyak. Motorsikal teramat banyak.. Namun begitu kebersihan boleh tahan. Bab makan yang sedikit leceh. Sepanjang dua hari pertama kami makan nasi padang saja.. Tak berani mencuba makanan. Yang dikhuatiri disini kedai makan islam dan bukan sukar dikenali. Di sini Rumah Makan Nasi Padang seumpama restoran nasi mamak di tanah air..Sana sini nasi padang.

Sementara menunggu 5 rakan lain tiba kami melawat beberapa kawasan menarik disekitar Jogja.. Sebenarnya sangat berkeinginan melihat permainan kuda kepang. Teruja mendengar cerita penyambut tetamu hotel yang menceritakan pemain mampu membuat pelbagai aksi ngeri seperti memanjat pokok kelapa, menanduk kelapa , memakan bara api dll.. Pastinya lebih ganas berbanding dengan kuda kepang yang pernah dilihat ditanahair.. Almaklumlah kudakepang berasal dari tanah Jawa sudah pasti aksi lebih mendebarkan. Namun keinginan tidak kesampaian.. Acara ada dihari minggu sedangkan kami  akan mula meninggalkan Jogja pada hari minggu.

Kami melawat rumah membuat patung wayang kulit .. Sangat takjub dengan kehalusan seni membuat patung patung wayang kulit ..Semuanya dibuat secara manual..Proses mengukir termasuk mewarna dilakukan oleh orang yang sangat berpengalaman. Sahabat aku tidak melepaskan peluang membeli koleksi patung wayang kulit.. Tidak murah tapi dinilai tempoh menyiapkan setiap replika patung wayang kulit rasanya sangat berbaloi harga yang dibayar.. 7 set patut dibeli pada harga hampir 700 Ringgit..

Sementara menunggu pertunjukkan wayang kulit  di panggung tertutup kami singgah membeli kopi luwak.. Kopi yang diperolehi dan diproses dari tinggalan najis musang.. Hehe..Boleh tahan mahal sepeket 50grams berharga dalam 70 ringgit..Seterusnya menyaksikan pertunjukkan wayang kulit.. Walaupun tak faham bahasa yang digunakan tapi tetap layann...

Esok kami akan ke Gua Pindol, Gua batu kapur yang terdapat sungai mengalir di dalamnya.. juga melawat tinggalan Istana Ratu Boko di Daerah Sleman.. Ada kajian terbaru mendakwa istana ini adalah tinggalan Ratu Balqis sebagaimana diceritakan dalam kesah Nabi Sulaiman.. Sejauh mana kebenarannya Wallahualam..


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK