Merancang itu baik
tetapi terlebih merancang itu tidak
baik. Teringat kata-kata pengembara basikal solo, jika ingin mengembara…,
teruskan tanpa perlu persediaan yang terlalu rapi…Jika menunggu keadaan terlalu
ideal untuk mengembara nescaya rancangan hanya tinggal angan-angan. Dalam
sesuatu perkara kita perlu berani untuk menempuh risiko..Disebabkan tekadnya
itu kini beliau hampir berjaya menakluk dunia hanya dengan berbasikal…
Kami ingin berekspedisi lagi. Semasa mula- mula merancang kira-kira 4 bulan dulu., aku risau kerana tarikh cadangan adalah pada Febuari 2015.. Tempoh
yang agak lama..Dibimbangi terdapat pelbagai aral sebelum tiba waktu yang
ditetapkan. Sebagaimana rancangan untuk ke China dulu yang terkandas ditengah jalan walaupun pelbagai perancangan teliti telah diadakan
termasuk menghubungi kedutaan ke dua-dua negara. Kos jadi penghalang…Terlalu
banyak pertimbangan kontigensi sehingga memudarkan semangat untuk mengembara…Kini Febuari 2015 telah menjelma. Esok 12hb Feb 2015-28 Feb 2015 kami akan memulakan ekspedisi mengelilingi Pulau Jawa Indonesia.. Harap-harap kali ini ekspedisi berjalan dengan lancar…
Ekspedisi mengelilingi Pulau Jawa . Jarak yang bakal ditempuh dalam 4000km. ..Jarak
yang sederhana menurut perbandingan jarak yang pernah kami lalui sebelum ini
sejauh lebih 6 ribu kilometer berekspedisi sehingga ke Utara Thailand atau ke Kemboja
maupun ke sepadan Laos.. Bandar-bandar berikut bakal
dikunjungi..Jakata-Banten-Bogor-Bandong-Purwokerto-Jogja -Malang- Bali-
Surabaya- Semarang-Cerebon . Untuk ekspedisi Pulau
Jawa ini seramai 7 peserta akan turut sama. Ekspedisi yang akan mengambil
masa selama 15hari.
Aku memang teringin
benar bermotorsikal ke Pulau Jawa.. Kalau diikutkan Disember 2014 menjadi
pilihan tetapi tiada rakan yang berkesempatan. Berekspedisi ini seeloknya
berteman. Walaupun seorang. Sewaktu mengelilingi Sumatera dulu kami hanya
berdua.. Keterujaan meneroka destinasi baru tidak akan sama dengan mengunjungi
destinasi yang telah kerap kita kunjungi. Keluasan Pulau Jawa hampir sama dengan Semenanjung Malaysia. Motorsikal
pilihan kali ini adalah motorsikal bersesaran 150cc yang mempunyai tangki di
depan supaya mudah mengisi minyak . Tidak perlu motor bersesaran tinggi. Selain
kos sewa yang rendah motor yang bersesaran sederhana lebih mudah dikendalikan
lebih-lebih lagi sewaktu mengharungi kesesakan kota . Motor akan disewa
di Jogjakarta. Pengalaman di Sumatera menjadi pengajaran. Sukar menurun naik
barangan untuk mengisi minyak kerana kedudukan tangki yang berada di bawah
tempat duduk..Dalam ekspedisi kaedah yang ringkas adalah kelebihan…
Angaran awal kos
ekspedisi dalam 3-5 ribu… Amacam kawan-kawan jom laa.
No comments:
Post a Comment