Thursday, March 5, 2015

Ekspedisi Trans Java- Istana Ratu Balqis di Sleman…?



Bagi seorang pengembara gaya hidup serba ringkas adalah keperluan. Jika tadi kami menukar pakaian untuk meneroka Gua Pindul sudah tentu  banyak masa terbuang dan  beberapa persalinan terpaksa dibawa. Meneruskan pengembaraan ke Istana Ratu Boko di Daerah Sleman dalam keadaan berpakaian basah. Setibanya di tinggalan istana Ratu Bako  pakaian yang basah tadi telah  kering. Hehe

Pengembaraan Gua Pindul boleh dibaca  DISINI






Catatan ringkas sejarah Istana Ratu Boko ada tertulis dilaluan masuk istana. Selebihnya boleh diperolehi di internet.  Namun apa yang menarik minat kami ke sini  lebih kepada merungkai misteri versi baru yang mendakwa istana Ratu Boko mempunyai kaitan dengan kesah Nabi Sulaiman.. Mungkinkah Ratu Boko itu adalah Ratu Balqis..? Ratu Saba' seperti yang diceritakan dalam Al Quran..? Wallahualam..





Dalam kajian pakar matematik Indonesia selama 33 tahun  beliau mendakwa istana disini telah ghaib kerana telah dipindahkan oleh tentera jin Nabi Sulaiman  ke tapak Borobudur sekarang. Hasil penelitiannya melalui ilmu matematik banyak persamaan angka di Al Quran dan ciri ciri yang terdapat di Borobudur yang menjurus kepada dakwaannya itu..



Nabi Sulaiman mempunyai kerajaan yang luas. Beliau berkebolehan bergerak ke sesatu tempat dengan pantas.. Dalam kesah Nabi Sulaiman yang dalam perjalanan ke Lembah Semut di Negeri Saba, diceritakan bahwa burung hud hud telah mengkhabarkan terdapat  seorang ratu bersama rakyatnya yang menyembah matahari. Nabi Sulaiman mengutus surat supaya Ratu ini menyembah Allah dan di pelawa berjumpa dengannya di Istana  di Wadin Namlu yang menempatkan kompleks Borobodur sekarang. Untuk membuktikan kehebatannya Nabi Sulaiman mengarahkan tentera jin memindahkan istana Ratu Balqis ke Wadin Nablu yang berjarak 36km dari Istana Boko sebelum Ratu Balqis tiba.
.


Di belakang pintu gerbang inilah terletaknya tingalan  istana Ratu Boko yang secara misteri ghaib..


Ditempat pemandian ini ditemui artifak berupa plat emas berserta tulisan  didakwa surat dari Nabi Sulaiman kepada Ratu Balqis.


Kelihatan bangunan tunggalan purba yang terdapat di Prambanan.. Juga diceritakan dalam buku karangan pakar matematik itu.


Pemandangan ke lembah dari atas bukit kawasan istana.. Pakar matematik  mendakwa lembah itu adalah lembah semut. Raja semut memerintahkan rakyatnya supaya segera pulang ke sarang utuk mengelak terpijak oleh tentera Nabi Sulaiman yang melalui kawasan itu...

Memang menakjubkan pembuktian angka yang ditulis oleh penulis tersebut.. Samada kebetulan atau berbetulan..Wallahualam. Penemuan lanjut mengenai dakwaan itu boleh dibaca dibuku Borobudur & Peninggalan Nabi Sulaiman yang ditulis oleh Pakar Matematik Indonesia KH Fahmi Basya. Pendapat ini walaubagaimanapun disanggah oleh seorang lagi penulis. Kedua-dua buku kami beli untuk meneliti hujah masing masing.




Esok kami akan ke Borobodur pula .. Meneliti relief relief didinding candi untuk merungkai persoalan misteri...Misteri Nusantara...hehe 

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK