Sambung semula coretan setelah terhenti kerana meronda ke Guanzhao China pula sempena cuti sekolah.. Coretan pangalaman juga akan dikongsi kemudian.
Sementara itu untuk membaca Ekspedisi hari ke 3 TransJava boleh diikuti di SINI
Malang-(280km) Banyu wangi-(295km) Surabaya- (100km) Tuban. Jarak berdasarkan google map adalah dalam 675km Km . Jika purata perjalanan sehari 2-300km seperti perjalanan sebelum ini bermakna setidak tidaknya 3 hari diperlukan. Kami mengambil keputusan memendekkan perjalanan dengan terus saja ke Tuban. Jarak
pun tak jauh dalam 200km saja dari Malang. Di khuatiri banyak tempat lain di daerah Jawa
Barat tidak dapat dikunjungi.. Tak mengapalah Bandar Banyuwangi dan
Surabaya tidak dikunjungi setidaknya kami telah merasai sausana di Jawa Timur..
Kenapa Tuban..? Di
Tuban terdapat tinggalan masjid
lama yang dibina ketika era walisongo. Sesudah subuh terus ke sana. Bersarapan di
pinggiran jalan.
Separuh perjalanan, seorang peserta terpisah dari kumpulan.
Dan yang terpisah itu mempunyai gps yang telah diset bersama dengan peneraju
konvoi. Ini masalahnya jika lebih seorang memiliki gps. Walaupun setting dan destinasi sama, kemungkinan melalui laluan yang berbeza adalah tinggi. Gps
peserta itu menunjukkan laluan ke Surabaya sedangkan Gps peneraju konvoi
menunjukkan laluan lain. Namun berjaya bersatu dan meneruskan perjalanan .
Jalan cantik. Kiri kanan pemandangan sawah. Seperti biasa memasuki pekan keadaan akan sesak semula terutama apabila melintasi lintasan keretapi. Mujur bermotor kecil. Boleh saja menyelit.
Jika sebelum ini menempuh banyak kali sekatan jalanraya oleh pihak polis tanpa ditahan, sekatan kali ini kami di arah ke kawasan balai. Patut pun tadi kelihatan ramai pengguna motor yang berhenti ditepi jalan rupanya ada sekatan besar besaran. Setelah memperkenalkan diri dari Malaysia dan menunjukkan dokumen motor yang lengkap kami disuruh teruskan perjalanan. Pasport pun tak ditengok. Bagusnya menyewa motor dari penyewa bertauliah, motor dilengkapi dokumen sah. Dulu kami di Sumatera menyewa dari orang perseorangan. Bila di tahan pihak polis ternyata dokumen yang diberi telah tamat tempoh.. Mujur tidak dibawa ke balai. Ermm terpaksa membayar saman tidak beresitlah..
Singgah makan lagi.. Patut pun seluar semakin sendat. Hehe. Kali ini di KFC Lamongan. Sambil makan sambil melayari internet la apa lagi.. WIFI free.
Tiba di Tuban sebelum zuhor. Melawat kawasan perkuburan dan muzium. Di Jawa perkuburan orang alim memang sangat dimuliakan. Saban hari ramai pengunjung yang berziarah. Kawasan persekitaran didirikan banyak gerai gerai jualan. Pemungut derma pun ramai..
Tiba dihotel. Sampai awal banyak masa untuk mengembalikan tenaga. Sedang elok hotel berada tidak jauh dari pantai..Cuaca panas. Ambil kesempatan basuh pakaian yang semakin menyusut stok pakaian bersih. Malam pekena makanan laut .. Walaupun tepi laut harga makanan laut boleh tahan mahal...Tak mengapa., apa salahnya berbelanja untuk makan makan. Lagipun badan yang telah diperah tenaga perlukan layanan istimewa juga...Betulkan hehe
No comments:
Post a Comment