click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, March 9, 2015

Ekspedisi Transjava 2015-Jogja- Magelang- Malang 400KM


Semasa melawat Melaka baru ni terbaca nukilan di dinding penghadang tapak projek. Lebih kurang macam ni.. 'Mengembara itu ibarat membaca buku.. Lagi banyak tempat dikunjungi  lagi tebal buku yang dibaca.'. Ermm sangat setujulah dengan nukilan itu. Itu antara sebab kami suka meronda.  Lebih suka meronda ke  sesatu tempat melalui jalan darat...Kita dapat gambaran  sebalik tabir sesuatu negara yang dilawati .. Jika  berkunjung terus ke tempat popular, apa yang dihidangkan kekadang lebih kepada gimik dan tempelan.






Berbalik kepada ekspedisi kami.. Harini akan ke Malang. Jarak dalam 400km. Akan melawat dulu  Borobudur di Magelang yang semalam tak kesampaian. Ekspedisi memasuki hari kedua, beberapa motor peserta sudah bermasalah. Bersungguh tuan motor sewa memberitahu motor telah diselenggara sepenuhnya. Sebiji motor mengalami masalah brek, sebiji lagi mengalami pembakaran bahanapi tak sempurna.. Meletup meletup ketika dipulas throtle..





Penunjuk arah GPS juga memberi masalah. Kami ditunjukkan  ke jalan mati dalam bendang untuk ke Borobodor..Haha Inilah bahana bergantung seratus peratus dengan gajet . Bertanya dengan penduduk setempat berjaya ke pangkal jalan..









Tiba di Borobudur.. Motor yang bermasalah dibaiki. Sebahagian peserta menunggu dibengkel.. Kami berempat  melawat ke kompleks wisata. Memasuki saja perkarangan..Wow memang besar, bersih kemas dan cantik. Perkarangan dan kompleks Borobodur  dijaga rapi. ..Aku beri markah 9/10.   Sangat kagum dengan kehalusan seni ukiran dibatu. Entah berapa lama masa diambil untuk menyiapkan relief di keseluruhan kompleks itu.



Maklumat buku  ahli matematik  Kompleks Borobudur terdiri dari 2 bahagian..Pertama  piramid 5 tingkat dibahagian bawah diikuti dengan Arupa Datu di atasnya yang menempatkan stupa-stupa  . Arupa datu ini didakwa  dipindahkan dari istana Ratu Boko.. Baca di sini..SINI .. Ukiran hanya terdapat di bahagian dinding piramid.. Menurut ahli matematik itu lagi semua ukiran dan binaan di Borobudur dibuat oleh jin .. Wallahualam.. 


Sahabat arkitek cuba mencari relief-relief  sebagaimana ditulis oleh pakar matematik. Tersangat luas lagi  bertingkat  dan terlalu banyak relief sehingga sukar mengenalpasti. Ditambah dengan melawat dengan keadaan tergesa-gesa..



Keluar dari kompleks wisata.  Jika diperkarangan bersih ..Keluar saja pintu kompleks.. Sausana tak tersusun dan berterabur.. Gerai -gerai pasang siap yang selekeh mencacatkan pemandangan. Rasanya dah beratus tahun kawasan pelancongan ini wujud dan dikenali diserata dunia..Dulu kami melawat Angkor Wat di Kemboja pun begini bahkan lebih teruk..Kenapa tiada inisiatif pemerintah mengindahkan persekitaran kompleks..Kenapa tidak diselaraskan dengan keindahan kompleks wisata itu sendiri...Sangat mengeciwakan.. Satu markah pun susah nak diberi..

Meneruskan perjalanan ke Malang. Setelah beratus  kilometer dilalui ternyata laluan yang ditunjukkan oleh GPS bukan laluan yang kami khendaki. GPS menunjukkan laluan semalam  melalui Surakarta untuk ke Malang bukan laluan disebelah pantai barat.








 .Menghampiri senja hujan dengan lebat.. Kuyup dan  bagasi basah walaupun mengenakan baju hujan.  Sebahagian peserta terpisah dari kumpulan. Sebahagian terpaksa menunggu, sebahagian lagi mencari penginapan.. Bahaya untuk meneruskan perjalanan dimalam hari ditambah dengan hujan. yang lebat. Terpaksa menamatkan cabaran harini.  Kami menginap di Hotel Icha Orient Tarsan di Caruban lebih kurang 160km lagi ke Malang..Hasrat untuk ke Malang tak kesampaian.. Memang malang hehe..




No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK