Sesudah menghantar cucu ke tadika, Selasa, kita pun beredar meninggalkan Bagan Serai, kembali semula ke Lembah Kelang..Rabu seperti biasa akan ke kebun..sudah 2 minggu tidak menjenguk kebun.
Menunaikan hajat dulu berkunjung ke Bukit Larut di Taiping. Bercadang untuk melepak di puncak. Dari bawah kelihatan puncak diliputi kabus..Dah terbayang suasana dingin., mesti syok menghirup kopi sambil menikmati pemandangan tanah tinggi.
Dulu tak dapat naik kerana hari jumaat pengangkutan terhad untuk ke puncak. Pengangkutan akhir ke puncak hanya dibenarkan selewatnya jam 4 petang. Kenderaan awam tidak dibenarkan ke puncak, perlu menaiki landrover dengan tambang rm10.
Ermm...hajat tak kesampaian lagi...terdapat cerun runtuh dan laluan ditutup kepada semua trafik..
Lepas sarapan di gerai kaki bukit, kita pun baliklah..Bermain dibenak pemikiran destinasi makan tenghari pula. Singgah Ipoh awal sangat, singgah Nasi Bamboo Sg Klah, sudah terlalu kerap ke sana..
Teringat kawan ada kongsi lokasi Anuar Rusa Steak House di Felda Gedangsa, jadi terus ke sana..sedang elok anggaran 12.30 tiba ke lokasi..
Kuasa viral tempat makan hujung dunia pun orang sanggup datang. Lokasi premis di Felda Gedangsa..Boleh tahan jauh juga dari plaza tol Behrang.
Hari biasa pengunjung tak ramai, tapi hujung minggu padat.. gerai makan dari khemah biasa-biasa dipacak di halaman rumah...kini terdapat binaan tambahan untuk menampung pengunjung yang bertambah. Terdapat menu pelbagai tapi menu daging rusa yang menarik minat orang ramai untuk mencuba.
15 ekor rusa yang dibela dibelakang rumah...ini sekadar pameran/gimik..Tak cukup untuk kegunaan restoran, bekalan daging diperolehi dari luar... Dah cuba 2 menu daging rusa salai dan daging masak cili api. Satu set hidangan rm35 termasuk air..
Citrasa peribadi, penulis beri rating 5/10 untuk rasa dan 3/10 untuk suasana.