Sambungan...
Tak mau merentasi Banjaran Titiwangsa diwaktu malam, ambil keputusan menginap di rumah tumpangan Jeli..Huh mujur ada kekosongan
Jeli bandar terpencil, dah pusing tak jumpa di mana pusat bandar. Hilang arah apabila banyak melalui jalan kebun. Pernah sekali menginap di Jeli, rumah tumpangan koperasi MRSM Jeli.
Tak sanggup berpusing-pusing lagi menempuh jem yang teruk. Hari beransur malam, penginapan perlu dicari. Amat berisiko meneruskan perjalanan merentasi Banjaran Titiwangsa diwaktu malam.
Serik dah tak mendengar bisikan hati supaya berhenti bermalam ketika melepasi rintangan pertama melalui laluan bergunung ketika hujan lebat semasa meronda Pulau Sumatera dulu. Dengan andaian rintangan sudah diatasi dan jalan didepan mudah rupanya disajikan dengan ujian lebih mencabar ketika menyusuri laluan berliku Danau Toba ketika hujan dikegelapan pekat tengah malam. . jalan teruk, bongkah batu gelongsoran cerun banyak memenuhi jalan. Tak jauh 20km dari simpang utama tapi mengambil masa lebih 4 jam bermotor untuk sampai...giler
Terfikir perkara sama jika tetap teruskan merentasi Banjaran Titiwangsa. Macam-macam boleh berlaku membelah hutan rimba ditengah malam..kot lah ada tanah runtuh, kotlah ada gajah melintas dsb
Pukul 10 pagi check out motel Jeli. Pagi Isnin jalan lapang.
Pemandangan tanah tinggi R&R Tiriwangsa adalah superb.
Tiba di hentian Titiwangsa hampir 11.30.. ingatkan singgah untuk bersarapan, rupanya tiada satu gerai yang buka..kelihatan pekerja sedang bersiap- siap membuka gerai..mungkin semalam tutup lewat melayan permastautin yang sangkut dalam kesesakan.
Melawat tandas saja sebelum meneruskan perjalanan..tandas berbayar ok bersih.
Berbanding kunjungan dulu, kini persektaran hentian lebih bersih...penulis beri 5/10..cuma tempat parking perlu diperbaiki, banyak berlopak mungkin tak cukup bajet. Pengalaman penulis di luar negara walaupun ceruk, caj parking tetap dikenakan namun berbaloi dengan mutu prasarana yang disediakan.
Mujur ikut gerak hati tidur di Jeli. Rumah rakit tidak menerima penginapan, ia lebih kepada sewaan keseluruhan bot. Satu-satunya resort, Tasik Banding Resort pula tiada kekosongan.
Bila siang boleh memandu dengan santai, bila-bila masa boleh singgah melepaskan lelah. Kalau terlalu awal sampai Bagan Serai pun anak cucu bukan ada di rumah...
Jadi kami merayap dulu, lalu jalan kampung, jalan ladang Felda,Felcra Risda dsb..
Tenang- tenang saja Google kan ada...
No comments:
Post a Comment