Ikutkan hati mahu menghabiskan masa, melawat kawasan berhampiran dengan Gunung Jerai. Pulau Bunting yang boleh dilihat dari puncak gunung tak jauh dari situ..Kompleks bersejarah Candi Batu Pahat pun berdekatan...Khuatir kesuntukan waktu terus bergerak ke Pantai Timur melalui lebuhraya Timur Barat.
Grik-Jeli.
Sepanjang jalan hujan. Tiba di RnR Royal Belum, memutuskan untuk tidur saja dimana-mana resort berdekatan...Dabong boleh saja melawat keesokan hari..lagi pun ke sana untuk melihat sendiri air terjun yang dikongsikan warganet di media sosial. Bukan mau mendaki atau bermandi-manda pun..
Ermm Resort Royal Belum ditepi jalan ditutup. Sebenarnya di bot yang berlabuh di jeti RnR tadi juga menyediakan penginapan..harga 150-180 satu mlm. Tak maulah pusing balik tidur dibot. Jadi teruskan pemanduan.
Memandu ditanah tinggi Banjaran Titiwangsa di musim hujan sangat bahaya..jalan licin, pemandangan terhad kerana kabus..sepanjang pemanduan itu menyaksikan tidak kurang lima insiden kereta terbabas kedalam longkang..mujur bukan gaung.
Sekitar jam 6 petang tiba di Dabong...Memasuki kawasan air terjun berjarak 4km dari jalan utama.. Wow..! Walaupun hujan lebat dapat juga melihat kelibat air terjun dari kejauhan..Air seolah terjun dari puncak gunung.
Jika tidak berkabus air terjun boleh dilihat dari sini...
Bermalam kami di chalet tepi sungai kaki gunung. Tapi itulah, di Gunung Jerai tidur di resort berbintang, disini chalet biasa-biasa memang terdapat perbezaan 360 darjah..kemudahan ala kadar. Lagipun kebanyakkan pengunjung yang datang kesini lebih untuk melakukan pendakian..mereka tidak perlukan keselesaan penginapan.
Semakin malam, deruan air terjun semakin jelas memecah kesunyian. Sedar-sedar hampir 6.30 pagi baru terjaga...Enak tidur dalam suasana dingin di chalet kayu berbumbung atap zink diiringi hujan sepanjang malam dan bunyi deruan air terjun.
Sekejap lagi ingin meneroka persekitaran resort ...Yang pastinya ingin melihat air terjun tertinggi asia tenggara...
Sayangnya tak nampak air terjunnya dilitupi kabus
ReplyDeleteKena panjat gunung wak baru nampak jelas..
ReplyDeleteKalu bkn musim hujan pun boleh nampak