Sebagaimana dihasratkan, singgah di Dapor Pantai, Tok Jembal..lokasi niaga menggunakan kontena terpakai.
Ketika kami tiba sekitar jam 3 petang, persekitarannya masih lengang . Aktiviti meriah bermula jam 6 ptg.
Adat premis yang telah lama beroperasi keadaan keseluruhan tidak seelok ketika baru mula beroperasi. Dulu serba-serbi baru., namun diwaktu malam suasana akan menjadi lebih indah apabila lampu-lampu hiasan berjaya menutupi kecacatan yang ada .
Berkunjung ke KT tak sah jika tidak melalui jalan pintasan baru jambatan angkat, satu ikonik baru di Trengganu. Tempoh perjalanan dari Gong Badak ke bandar KT dapat dipendekkan dengan adanya pintasan baru ini...
Menumpang populariti jambatan angkat, tempat makan-makan menggunakan konsep foodtruck diadakan ditempat parking kenderaan berjarak tidak sampai 100m dari jambatan.
Yang cantik itu bersih..yang bersih pasti cantik...
Saya belum berkesempatan ke terengganu lagi. Cantik jambatan angkat terengganu.
ReplyDeleteAda kesempatan silalah dtg...
DeleteJauhnya merempitan.
ReplyDeleteLemas lama terperap pkp kat rmh wak..
Delete