Purata pendapatan bulanan isirumah rakyat Malaysia 2012
Bumiputera-RM4457
Cina-RM6366
India-RM5233
Data ini aku baca di suratkhabar semalam.
Bumiputera walaupun mewakili majoriti penduduk Malaysia, ternyata purata pendapatan bulanan mereka dikedudukan tercorot. ...Walaupun masih terkial-kial mencapai sasaran 30 peratus , aku rasa elok dinaikkan sasaran perkongsian kek ekonomi negara kepada lebih 65 peratus mengikut nisbah jumlah penduduk Malaysia 65 Bumiputera 35 Bukan Bumiputera...Selalunya jika meletakkan sasaran rendah, maka pencapaian juga rendah...Selagi kek ekonomi dikuasai bangsa lain, aku yakin amat sukar untuk mengubah kedudukan pendapatan isirumah bumiputera...Sudah menjadi lumrah, pengambilan pekerja pasti mendahulukan bangsa yang menguasai ekonomi itu...Jawatan utama sudah tentu dimonopoli oleh mereka...
Rapatkan jurang pendidikan antara penduduk luarbandar dan bandar. Tingkatkan prasarana sekolah dan guru luarbandar setaraf kemudahan dimiliki pelajar-pelajar dibandar. . Jika ingin bersaing, biarlah dipadang yang sama rata...Hanya dengan pendedahan ilmu, kesedaran akan meningkat untuk mengubah nasib diri. Sebab itu aku tidak bersetuju PPMSI diperkenalkan dulu, kerana ianya boleh membunuh minat pembelajaran kanak-kanak terutama dipendalaman kerana faktor persekitaran.
Bimbingan terhadap pelajar lepasan spm terutamanya yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan.perlu diteruskan dengan menyediakan pelbagai pogram lanjutan dengan kos yang murah.. Mereka mungkin kurang menyerlah didalam bidang akademik tapi potensi mereka dalam bidang lain masih boleh digilap.. Kekadang ada pelajar yang lambat menyinar. Ramai pelajar yang ditakrifkan lemah semasa diperingkat sekolah tapi menyerlah setelah mengikuti pogram-pogram lanjutan sebegini, berjaya dan menandingi pendapatan yang diperolehi oleh rakan-rakan hebat sekolah terdahulu.
Aku sangat bersetuju bila pogram keusahawanan akan diperkenalkan di sekolah-sekolah dibawah kendalian MARA dan sebaiknya diperluaskan disekolah-sekolah lain juga...Pendedahan awal akan membuka minda pelajar tentang peluang-peluang perniagaan apabila tamat pengajian kelak...Dalam ratusan ribu pelajar yang terlibat saban tahun, pasti akan ada yang menyerlah dan menjadi usahawan ternama untuk meningkatkan lagi penguasaan ekonomi bumiputera...
Jika diperhatikan, ramai pendatang dari Indonesia, Bangladesh, Kemboja dsb yang semakin kaya sekarang..Sesetengah tempat rakyat tempatan tidak mampu bersaing dengan perniagaan mereka...dulu beginilah yang terjadi terhadap pendatang-pendatang dari tanah besar china..kehadiran asal mungkin sebagai kuli tapi telah disematkan dihati untuk mengubah kehidupan dan seterusnya membina kekayaan. Keberanian mereka untuk berhijrah telah mengubah nasib diri...dan sifat ini sewajarnya perlu ditiru...Untuk berjaya setidak-tidaknya berhijrahlah dari kampung halaman untuk meneroka dunia luar...lagi hebat kena lah berhijrah mencari rezeki diluar negara, sebagaimana dilakukan oleh ramai sahabat-sahabat kita di negara-negara luar seperti arab dsb...Aku percaya pendapatan mereka jauh lebih besar berbanding purata pendapatan bulanan rakyat tempatan dalam negara...
Tidak akan berubah nasib sesatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya...
Wallahualam...