Friday, March 15, 2013

Kembara Cambodia- Yess kami selamat kembali...

15Feb 2013, Jumaat. Hari ini sesudah lawatan ke Folk Muzium di Thaksin Universiti Songkhla Thailand, kami akan pulang ke Malaysia. Hari-hari terakhir kembara, biasanya riders akan mengharungi lawatan dengan hambar..tak banyak gambar yang aku rakamkan dihari-hari terakhir pengembaraan...

 Pemandangan teluk, yang dirakamkan dari hotel penginapan kami Lake Inn , Songkhla Thailand. Kos 600B semalaman..

Sementara menanti Dr Hassan dan isteri datang untuk menunjuk jalan ke Folk Muzium, Songkhla kami berlegar-legar disekitar kawasan penginapan..sambil-sambil mencari tempat bersarapan pagi..

 Masjid yang terletak bersebelahan hotel penginapan kami...

Setelah menghabiskan kembara hari ini, aku telah berjaya menjelajah hampir keseluruhan Thailand..Timur Barat, Utara dan tentunya Selatan sehingga ke negara-negara yang bersempadanan dengannya...dan didapati masyarakat islam mudah ditemui dimana-mana...untuk mengenali mereka dijalanan memang sukar, melainkan wanita-wanita yang bertudung...kerana rupa fizikal dan pertuturan yang sama dengan penduduk tempatan lain, namun semangat persaudaraan sesama muslim jelas terpancar bila mengunjungi masjid-masjid yang mudah didapati disana...



 He he..ini gambar favourite aku....aksi seorang nenek menyuap  cucunya berusia 7 tahun...segera teringat seorang sahabat rider SM Khaidir...polis pencen yang dikhabarkan dah tak larat nak bawa motor besar lagi berat..Goldwing yang ada nak dijual ..nak ganti dengan SYM 400...he he skuter untuk para vateran sebagaimana Pak Usop...

" Penangan cucu ni lain beb..."


Menyedari kami memerhatikannya, adik ini dengan muka frust meninggalkan nenek diluar...

Sori-sori atuk menengok jer...Haha


                           
Mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan The Folk Muzium, Songkhla.....


                            
 Pelajar-pelajar yang turut melawat Muzium...



                           

Muzium mempamerkan khazanah ketamadunan masyarakat di sebelah selatan Thai


 Replika keris yang melambangkan jatidiri melayu...

Pendekar Ar Mastor...

 Ingat tak surat beranak lama lama..Pekerjaan bapa..- Potong susu...



Sekitar jam 12, kami menamatkan lawatan. Disini kami berpisah dengan rider Ar Ruslan yang akan terus ke Perlis atas urusan kerja.. Kami akan bergerak ke sempadan didahului dengan menyinggah di Hatyai...membeli kasut dan peralatan basikal...

Jam 2.30 ptg, tiba di check point Sadao...Checkpoint sesak teruk. Menghampiri waktu asar kami tiba di R n R Gurun, singgah makan dan berehat menunaikan solat...Terpaksa berehat panjang kerana hujan yang sangat lebat. Jika pergi dulu kami diiringi dengan hujan , balik kali ini juga disambut dengan hujan.

Gunung Semanggul adalah hentian berikutnya. Tak sangka dapat bertemu dengan Rider Ikhwan dan PakUsop....Whoa...don't play-play, skuter berjaya menjejaki  kami...Ok jumpa lagi di R nR Ulu Bernam...kami memilih untuk tidak berkonvoi...menonggang ikut cita rasa masing-masing...

Menonggang diwaktu malam memang membosankan. Sinaran lampu kenderaan lain menyilaukan mata. Kebosanan diubati bila ada kenderaan yang tak sabar memberikan lampu tinggi kepada kami...Ok..ok aku cuba layan mereka..sedikit sebanyak dapat menghilangkan mengantuk kot...he he...Silalah potong...Pergh berdesup menayangkan kehebatan mereka...Giliran kami mengekori rapat korang ok...he he seronok melihat aksi  kelam kabut mereka memecut dan membrek selain  memberi lampu tinggi kepada kenderaan dihadapan supaya memberi laluan...haha inilah peluang kami memotong.. Zoom..Tin.. Tin..! saja menekan horn, menyakat supaya hati lebih terbakar..Takda masalah.., kami perlahankan kelajuan dan tunggu korang ...

Yea tu dia muncul lagi mamat berkereta....Tak sedar lagi rupanya...

Menyedari, kami  mempermainkan mereka, lama kelamaan hilang cahaya lampu dari pandangan...

Kepada pemilik kenderaan beroda banyak..usahlah tunjuk handal kepada kami beroda dua,  walaupun kami tahu kenderaan anda power.....Tak perlulah menyuluh dengan lampu tinggi seolah melambatkan pergerakan anda....Kami tak perlu bawa laju pun, sausana sesak memberi kelebihan kepada kami...

Jam 10 malam tiba di Rn R Hulu Bernam. Berkumpul dengan rider semula. Walaupun hanya berempat, kesempatan berkumpul sesama rider, digunakan membuat post mortem kembara dan perancangan kembara akan datang....InsyaAllah ada kelapangan dan rezeki kami akan mengembara lagi...

Hampir jam 12 malam tiba dirumah...

Tamatlah episod pengembaraan Cambodia kami....Ikuti rumusan kembara dalam entry akan datang...

Pandangan dan ulasan pembaca dialu-alukan untuk menambah baik penyampaian diari kembara akan datang...


Kembara hari ke 14 boleh lagi diikuti disini. Kembara Cambodia-Tak menyabar nak balik...

No comments:

Post a Comment