Tuesday, March 12, 2013

Kembara Cambodia-Hujan emas di negeri orang...

Sambung semula diari kembara Cambodia...

13hb Feb 2013, Rabu...

Kekadang dalam satu kembara perbalahan sesama rider tidak dapat dielakkan..

Punca perbalahan bermula bila rider ditinggalkan sedang mereka  asyik mengabadikan foto di bangunan purba Ayuthaya. Grup satu lagi terpaksa bergegas ke masjid kerana sebahagian rider belum menunaikan solat asar dan zuhor sedangkan waktu magrib hampir menjelma...

Aku berpeluang mendengar alasan grup yang bersengketa...Dua -dua mempunyai alasan tersendiri...Kebetulan aku berada di grup yang ditinggalkan...Masalah ini boleh diatasi sekiranya, kewajiban solat dianggap sebagai satu keperluan bukannya pilihan...Apasal bertangguh menunaikan solat sedangkan kita berpeluang berbuat demikian disepanjang jalan dan hentian...Alasan sausana tidak kondusif dsb adalah sekadar alasan ...Lagipun para musafir telah diberi kelonggaran...Jama dan Qasar...

Bila mental dan fizikal keletihan, pantang silap perselisihan kecil terus melarat...Ditambah dengan sausana malam ..Aku pernah pergi ke Ayuthaya berkereta sebelum ini, tapi pertama kali pergi mana ingat ..Aku bersama rider yang ditinggalkan, mempunyai gps tapi kehabisan bateri. Secara peribadi aku tidak bimbang jika aku ditinggalkan seorang...Insyaallah aku boleh berusaha mencari jalan keluar..,tapi bersama dengan aku adalah 2 rider yang pertama kali  ke sana...Risau aku lebih tertumpu mencari mereka sekiranya mereka terpisah dan tersesat lebih-lebih lagi diwaktu malam. Mujur kemudahan handphone ada, sekiranya sukar, kami telah bersedia mufarakah-( Keluar dari konvoi) untuk membawa haluan masing-masing..

Tips ini mungkin berguna kepada para riders. Sekiranya terpisah bertemu semula di lokasi pertama dimana mula-mula berkumpul..itupun sekiranya masih ingat lokasi itu...Kaedah ini kami gunakan untuk bertemu dengan grup yang satu lagi ...Hampir jam 9 malam dapat berkumpul semula...Masalah tak selesai ...,terpaksa menunggu seorang lagi rider yang hilang entah kemana...akhirnya dapat berhubung..rupa-rupanya sedang menikmati makanan di restoran...laaa apasal tak maklumkan..berjam kami menunggu...

Menuju ke restoran  muslim..Terpaksa merayu kepada tuan punya restoran yang hampir menutup perniagaan untuk menyediakan makanan kepada kami . Sausana makan  dalam keadaan tegang.

Menginap dihotel di Ayuthaya. Keesokan pagi setelah mendapat rehat secukupnya, rider kembali ceria walaupun  dalam hati masih terdapat parut yang aku yakin sangat sukar dihilangkan. Setelah bersarapan  kami menuju ke Kenchanaburi...Menginap lagi di River Kwai Resort.. Lawatan pertama dulu 2010 kami tinggal disini juga... Melainkan 3, 4 orang, sebahagian lagi pernah ke sini dulu. Adat mengunjungi destinasi sama, kerterujaan sedikit kurang...Atas dasar setiakawan aku ke sini..ikutkan hati dari Ayathuyya lagi aku nak balik Malaysia...

Sewaktu bersiar-siar bertemu dengan rider Malaysia dari Lanun Bikers. dan tanpa diduga pertemuan itu  merupakan pertemuan terakhir kerana salah seorang rider terlibat dalam kemalangan maut di Bangkok .

Kembara bersituasi anti- klimaks.. Dalam kepala otak masing -masing terbayang Malaysia....Nak balik-nak balik...!..

Maaf diari tanpa gambar...He he..

Ikuti diari kembara hari ke 12 lagi di sini  Kembara Cambodia-Hari-hari terakhir di Cambodia





6 comments:

  1. Yang hilang tu berkata, "tolong tunggu sini, sya nak cari kedai yang d katakan oleh imam mesjid supaya boleh key-in coordinate..." bila kembali, semua dah hilang pergi cari yang kena tinggal..call2 xde respon, baliklah dia ke kedai tadi..menunggu..d Ayutheyalah jumpa restoren terbaik sepanjang kembara, jumpa kolam renang yang d nikmati oleh sebahgian penunggang dengan harga yang sangat murah... yang bersungut selalunya yang oblivious dengan tanggungjawab rider yang memimipin ...komen saudara " laa apasal x maklum berjam kami menunggu.." adalah komen yang tidak patut Dan sangat2 d kesalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf bro, sekadar salah faham...tp itulah yg terpacul dari mulut kami..namun memahami masalah sebenar setelah beroleh penerangan tuan...terimakasih banyak kerana usaha tuan, kami dapat menginap dihotel penuh selesa tp murah...

      Delete
  2. Bila badan dah penat, sedikit kesilapan pun boleh jadi sebab...

    ReplyDelete
  3. Kalau dah 8 cakap 1 yang tak betul...kenapa 1 nak cakap 8 tak betul. Lebih byk mengaku berilmu lebih byk dugaan yang datang. Kekadang walau pun sebagai orang bawahan akhlak lebih mulia dari orang yang mengaku berilmu...sekedar renungan






    ReplyDelete
    Replies
    1. confius aku, walaupun kedua-dua anonymous,luahan pandangan seolah org yg berbeza...Adakah berbeza..? he he siapa yea..?

      Delete
  4. U r rite anonymous.... One more thing, why only just two made a comment... the rest silent... Smetimes silent is gold... Tanya sama pokok....

    ReplyDelete