17 Mac 2013, Ahad;
Lokasi : Masjid Bandar Couintry Homes Rawang Selangor
Lebih 200 peserta pelbagai usia menghadiri kursus yang dianjurkan badan khairat kematian masjid ..Nisbah kehadiran 60 peratus wanita/perempuan, 40 peratus lelaki ...Sessi latihan amali dipecahkan kepada dua kumpulan mengikut jantina...
Pengendali kursus amali, Tuan Hj Shaari berbaju serta berkopiah putih selaku Pengerusi Khairat Kematian juga Jurunikah kawasan, berpengalaman menguruskan jenazah sejak tahun 70an...
Keperluan memandikan mayat antaranya air mutlak...campuran air kapor barus, air mawar, campuran air inai, campuran air daun bidara, shampoo, sabun..peralatan membersih seperti baldi, gayung, pengorek rongga, sarung tangan apron tuala dsb..
OOo gitu...
Ok untuk mengkafankan mayat pula begini caranya...untuk jenazah lelaki paling kurang 3 lapisan, manakala perempuan 5 lapisan....
Mudah saja untuk mengukur keperluan kain kafan..samada diukur menggunakan tali atau tali tape pada jenazah atau sekiranya sukar mendapatkan ukuran tersebut, tips mudah gunakan saja ukuran ini...1 depa campur 1 hasta campur dua jengkal..Insyaallah cukup..1 hasta adalah ukuran dari siku ke hujung jari...Sedepa dan sejengkal korang taukan...
Kapas yang telah di taburkan kapur barus berserta serbuk cendana dilapikkan di belakang badan jenazah ..Setiap sendi ..., lengan, lutut, bukulali, leher dan kepala dibalut dengan kapas...
Amali solat jenazah turut diada sesudah itu...
Sebagaimana kata Ustaz Fawaz Fadhil Nor yang memberikan ceramah di majlis itu...
Satu pogram yang baik...patut ditiru dikariah lain dan dihadiri oleh peserta-peserta. Selama ini kita tidak ambil peduli perihal menguruskan dan mensolatkan jenazah sedangkan semua itu adalah fardu kifayah keatas semua orang yang hidup. Barangkali atas kejahilan, kita lebih selesa bersembang dibawah pokok daripada turut serta memandi dan mengkafankan seterusnya mensolatkan jenazah...Sedangkan terdapat banyak manfaat dan pahala yang tidak patut kita lepaskan peluang ...
No comments:
Post a Comment