10hb Mac 2013, Ahad.
Setelah lama membiarkan basikal berselubung, telah tiba masa memanfaatkannya. Hampir sebulan berlalu sesudah balik dari Cambodia, hujung minggu lepas dan semalam kami berkayuh lagi. Minggu lepas kami ulang kayuhan ke Genting Sempah dan semalam berkayuh di laluan baru Trek Sg Sembah. Selangor
Trek Sg Sembah( TSS) menyusuri sebahagian trek sama dengan Trek Kandang Babi (TKB), sebagaimana cerita aku terdahulu..cuma trek Sg Sembah lebih panjang dan menyusuri laluan sepanjang sungai sehingga ke loji rawatan air Syabas di Kg Rantau Panjang, Btg Berjuntai...Jarak keseluruhan TSS adalah 60km berbanding 40km TKB..
Hari ini cerita aku bukan sangat pasal kayuhan dan trek baru itu...tapi ingin berkongsi cerita yang aku perolehi dari pekerja penyelenggaraan perangkap sampah di Sg Sembah itu sewaktu kami melepaskan lelah selain bertanya arah kepada mereka.
Selain empangan, sungai merupakan sumber air bersih negara kita...Setelah melalui fasa-fasa penapisan dan pembersihan.., air itulah yang disalurkan ke paip-paip utama dan sampai di rumah kita. Melihat kepada perangkap-perangkap sampah yang dipasang di sungai-sungai ternyatalah kesedaran menjaga kebersihan sungai masih ditahap rendah dikalangan kita. Benar ... kita tidak menghadapi masalah mendapatkan air bersih sekarang...Pulas pili paip..air jernih keluar..tapi tahukah anda kos rawatan air sentiasa meningkat dan dikhuatiri akan kerap berlaku gangguan bekalan air sekiranya punca air terlalu dicemari ...?. Kita bersyukur kerana dilimpahi hujan sepanjang tahun..yang mengurangkan kesan pencemaran sungai, tapi itu bukan lesen untuk kita sesuka hati mencemarkan sungai....Lambat laun masalah itu akan menghantui kita bila permintaan air bersih meningkat dan gagal dipenuhi dengan sumber yang ada...
Cerita dari mulut penyelenggara perangkap sampah sangat menggelorakan jiwa kami...Namakan apa saja..Segala jenis sampah boleh ditemui di perangkap sampah...Botol-botol plastik, tayar lama, kayu balak..segala jenis bangkai..., ayam itik kucing, lembu, kambing, anjing babi bahkan manusia boleh ditemui di perangkap sampah ini...belum lagi sisa minyak bengkel, toksik kilang-kilang dsb...Dari punca yang sama air terpaksa diproses untuk disalurkan ke rumah-rumah untuk kegunaan kita seharian...
Walaupun terdapat papan tanda, 'Sayangilah Sungai kita' Erm nampaknya kita tidak peduli...Sungai seolah telah dijadikan tempat pelupusan sampah dan segala jenis bahan buangan...Sebulan kebelakangan ini saja terdapat 3 penemuan mayat manusia ditemui diperangkap sampah dibawah selengaraannya. Seorang wanita, seorang lelaki tanpa kepala dan anggota dikerat dipercayai dibunuh dan seorang bayi baru lahir yang ditempatkan didalam tin biskut berkaca....
Sebelum anda atau anak-anak melontarkan sampah keluar dari kereta atau mencampakkan puntung rokok dilantai atau dipersimpangan lampu berisyarat atau apa saja aktiviti pencemaran ..ketahuilah sebahagian pencemaran-pencemaran itu akan berakhir ke sungai-sungai tempat dimana punca air rumah anda diperolehi..
Oleh itu fikir-fikirlah ...

No comments:
Post a Comment