Sambil berbaring sebelum keluar rumah sempat membelek suratkhabar hari Ahad...Banyak-banyak berita..cerita ini syok aku membacanya...Naza Italia pegedar tunggal Ferrari Malaysia meminta peruntukan 20 unit tambahan Ferrari Berlinetta bernilai antara RM3.2 sehingga RM3.3 juta seunit...10 unit yang diperuntukkan terdahulu oleh pengeluar kereta yang berpengkalan di Itali, telah habis disambar sebelum hari pelancaran lagi...hebat ....Dalam pada orang kebanyakan terpaksa bersilat menepis panggilan pihak bank kerana tertunggak membayar pinjaman yang ciput, segelintir individu membeli kereta jutaan ringgit seolah membeli model kereta mainan....Berkat usaha memerah otak dan tenaga mereka berjaya mengumpul kekayaan yang luarbiasa...
Semasa diluar, aku makan laksa dan cendol tepi jalan. Lama jugak aku duduk dan perhati. Cuaca panas menambah lagi kelazatan laksa dan cendol. Aku tengok tak menang tangan penjual melayan pelanggan. Cendul dan laksa rm5. Semasa membayar dapat juga curi-curi pandang pada tin simpanan hasil jualan. Aku agak banyak dia dapat.. Berkat kegigihan dan usaha dia...nampak saja berjual guna motorsikal buruk, entah-entah bersusun kereta mahal digaraj rumahnya...
Contoh dua senario ini segera teringat kuliah ustaz di masjid taman kami...terdapat pelbagai pendapat ulamak mengenai maksud sebenar rezeki yang BERKAT....Selagi hayat dikandung badan, setiap manusia telah dijamin rezeki didunia...tetapi mengapa zahirnya, sesetengah individu memiliki rezeki melebihi orang lain....? Sebahagian berpendapat, BERKAT memberi maksud nilai tambah terhadap rezeki asas yang dimiliki....siapa yang berusaha, gigih dsb maka mereka akan mendapat keberkatan terhadap rezeki yang dimiliki...
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment