click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, October 22, 2011

Bila Ghadafi sudah tiada...

Setelah 42 tahun ditampuk kuasa akhirnya dia pergi jua. Kalau dulu dia merampas kuasa kini kuasa dia dirampas pula. Apa yang aku nak tulis hari ni bukan pasal sejarah hidup dia tapi perihal harta  yang dia tinggal. Tak pasti samada betul banyak atau sekadar rekaan tapi cerita-cerita  harta peninggalan pemimpin hebat dunia  akan timbul semula dan tak pernah padam. Korang mesti pernah dengar kesah harta trillion-trillion samada dalam bentuk wang tunai atau jongkong emas, peninggalan pemimpin hebat seperti Raja Solo,Sukarno, Marcos, Saddam dll.. dan yang menariknya semua orang yang 'bernasib baik' berpeluang berkongsi mewarisi harta tersebut. Kalau banyak duit yang sanggup dikongsi melabur, banyaklah bahagian yang akan dapat..Aku tak pastilah samada ramai yang dah berjaya dan memperolehi habuan yang diidam, tapi setakat yang aku tahu, mengikuti perkembangan kawan-kawan aku yang turut memburu harta karun tersebut takda sorang pun yang berjaya cuma dapat telan air liur adalah... mahligai, kereta canggih manggih yang diangankan untuk di beli barangkali kini sudah menjadi milik orang lain..dah lama sangat tunggu duit tak turun-turun..maaf geng kalau anda turut terbaca tulisan ini..he..he..

Yang menyebabkan semua orang teruja untuk mengikuti perkembangan selanjutnya bila diberitahu hanya tinggal satu, dua urusan dokumen saja perlu diselesaikan sebelum memperolehi durian runtuh. Kaya kita Bro..! Kaya kita...! Yang mendengar ni pun turut teruja menanti mana tau betul, dapat lah juga tempias sahabat MMB (Multi Milionir Baru) belanja sakan. Semakin real bila dokumen di email untuk bukti. Urusan perlu diselesaikan di luarnegara seperti di Hong Kong, Swiss, Spain, Itali..dan semakin real bila mereka ini mengajak sekali pelabor ikut ke sana...Tinggal sikit saja lagi..! Kalau pelabor tak ikut akan di email lagi dokumen yang sudah diselesaikan di negara yang di pergi. Dalam kes kenalan aku, dia turut ikut ke negara yang disebut...

Biasalah beb, nak keluar duit miliun-miliun takkan urusan senang sangat nanti orang mana percaya.. Bila dah selesai di satu negara, dokumen kena bawa kesatu negara lain pulak nak selesaikan yang SIKIT SAJA lagi...Harta hampir sangat dicairkan..! Bagi yang larat ikutlah sama mengusung dukumen ke negara berikutnya..sambil tu kena top up duit pelaburan termasuk duit untuk setelkan urusan dinegara berikutnya..

Tak taulah apa jadi dengan pemburuan  harta karun tu...kami pun dah lama tak ikuti perkembangan. Yang dengar kabor kenalan aku pulak yang kini lari-lari kena kejor Along...

4 comments:

  1. actually i feel sad to hear about this news..
    kenapa harus di bunuh beliau sedangkan beliau
    merayu utk hidup.. Beliau telah byk memberi bantuan
    kepada rakyat2 miskin dan pembinaan masjid2..

    Hilang satu lg pemimpin Islam.. selepas ini siapakah lagi
    mangsa kekejaman yg sibuk di canpuri orang luar..?? Libya
    kaya dengan minyak.. Tidakkah kita berfikir siapakah dalang
    sebenarnya.... US? Perancis?

    ReplyDelete
  2. Kang Latep, sama MO dengan bomoh sedut duit dari dalam tanah ker? Mungkin cara memburu harta karun nie nampak lebih moden kot..heee

    ReplyDelete
  3. Nur misnan, barangkalai dendam membara mengatasi segalanya...wallahualam..

    ReplyDelete
  4. ABN, kenalan rapat say pun pernah terjebak dengan sendikit ini, kalau dengar ceritanya memang real,Daun kering dijampi menjadi wang kertas..! setelah beberapa hari berurusan dihutan dan yakin betul daun boleh jadi duit..maka bersetujulah.. sebagai pengeras/upah sejumlah wang RM 5000 perlu dibayar sebagai upah dan duit broker.. Pertemuan berikutnya diatur..bungkusan yang penuh dengan wang akan diserahkan bersama...lebih meyakinkan penyerahan di buat depan money changer di Sunway Pyramid P.Jaya. Masa dibuka sah tersusun note RM50...Masa tu mesti berderau darah, sekelip mata jadi kayo..dalam keadaan tergesa-gesa masing-masing terus beredar..maklumkamlah duit banyak nanti kena samun penyangak pulak...he he..bila tiba dikereta diperiksa rupanya note RM50 hanya dilapisan atas saja, nilai dalam RM200..Pergh...dunia..dunia...macam..macam ada..!

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK