click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, October 18, 2011

Wanita dan handphone...

Terus terang aku cakap memang aku selalu membebel kat bini aku pasal perkara ni. Ada phone tapi jarang jawab panggilan..Kawan aku pun selalu komplen perkara yang sama. Kalau aku takat berbuih mulut membebel, tapi kawan aku  hangin punya lah teruk sampai dihempas berderai phone.. Aku ingatkan kes terpencil, rupanya hujung minggu baru ni, bila aku selak Harian Metro, laa ada juga kolumnis bercerita perkara yang sama...masalah nasional rupanya...ha..ha..

Kepada wanita-wanita diluar sana janganlah buat macam tu...Kasihanilah kami para pemanggil..! Orang ada phone, dia pun nak juga...yang koman tak mau,  nak yang canggih ..tapi kalau berpenyakit liat nak mengangkat talifon lebih baik tak payah guna...selain membazir...senang, orang faham dan tak akan marah..selalu beri alasan phone dalam handbag la, tak dengar la.., phone kat ruang tamu la.., masa masak macamana nak angkat dan pelbagai alasan lagi lah...dah tu kalau ada phone cuma setakat untuk ada-ada saja, tak dimanfaatkan sepenuhnya bukan ke elok guna phone yang melekat kat dinding saja...aku setuju benor dengan saranan kolumnis tu yang mencadangkan wanita seperti ini cukup disediakan dengan talifon awam saja..tak payah  mengada-ngada nak 'bermobile-mobile'.. atau pon kalau teringin sangat nak pakai beli saja yang yang macam budak sekolah asrama guna, skrin hitam putih , harga bawah seratus.. hehe..

Korang bayangkan, masa kita  buat panggilan penting, masa tuu lah panggilan tak berjawab, bukan sekali dua..tapi banyaaaak kali..! talipon rumah dibagitau pergi ambik anak sekolah la..pergi pasar lah..antar anak tuisyenlah..  ish..ish...tak ke kes naya...apa jadi  kalau panggilan kecemasan...? Ada siapa boleh tolong jawab bagi pihak wanita seperti ini..?

Kepada wanita yang rajin angkat talifon jangan marah aaa..ha ha..


4 comments:

  1. Masalah biasa tu Kang Latep.. Maklumlah orang perempuan ni biasanya letak phone dalam handbag! Kadang-kadang tak dengar bila ada panggilan masuk.

    Kalau dah macam tu patutnya rajin-rajin la jengah phone dalam handbag :D

    Post Terbaharu Saya - iPhone 4 Steve - 4 Juta Telah Terjual!

    ReplyDelete
  2. ataupun sentiasa pasang bluetooth kat telinga..cuma tak best bila sekali pandang macam gaya orang pekak pulak...ha ha..

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya dah nama pun handphone..kenalah sentiasa ada kat tangan..., bukannya handbagphone atau poketphone.
    Agaknya sebab tu sekarang nie Samsung keluarkan Tab..nak tinggal takut kena curi,..so bawak lah ke hulu dan ke hilir, senang nak tau ada call masuk.

    ReplyDelete
  4. Dah nama pun wanita...bebel le byk mana...feel macam tu jugak...grrr...ha ha..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK