Cuti Depavali, kami ke Felda Keratong 2, di Bandar Tun Abdul Razak, Muadazam Pahang. Ambil anak yang kami tumpangkan ayah rakan sekolah anak dari Besut. Inilah nasib anak-anak sekolah jauh..dah mohon pindah sekolah, permohonan gagal kerana tiada kekosongan disekolah berdekatan..takpalah...Terpaksa membahagikan masa untuk mengambil/menghantar/melawat anak yang sekolah bertebaran. Ada di utara, timur dan selatan..bila musim cuti ni peningle nak atur jadual mana nak pergi dulu...Cuti hujung minggu pulak tak seragam..Jumaat dan Ahad..
Semua orang akan merasai pengalaman ni bila anak korang mula membesar nanti...seorang-sorang mula meninggalkan kita...tahun depan kalau anak yang kecik berjaya ke asrama, tinggal le kami berdua..hu..hu..yang tak bestnya sunyi, yang bestnya boleh le kami ronda-ronda tanpa perlu fikir sapa yang nak hantar anak kesekolah harian..ha ha..
Selalu bila sebut Muadazam dalam kepala otak terus terbayang LPT-Gambang-Muadazam. Sebenarnya jauh laluan itu. Bila diberitau ikut jalan alternatif melalui Kuala Pilah otak macam 'pause' sekejap.. Selalu terbayang Muadazam dah dekat Kuantan, Pahang sebelah utara/timur manakala Kuala Pilah,Negri Sembilan sebelah selatan...ish macamana bertemu..? Punyalah jahil Ilmu Alam (he he geografi le..)..bila check google map memang betul lah laluan alternatif ni lagi dekat... Dah berpuluh tahun hidup negara sendiri rupanya masih banyak laluan yang belum diterokai...Padahal Kuala Pilah, Kuala Kelawang, Jelebu, Serting dan persekitaran pernah dilalui semasa konvoi bermotor dulu. Lepas ni aku ingat nak ronda-ronda lagi kawasan sebelah sini naik motor...seronok berjalan tempat baru, sausana baru...
Bila ronda-ronda tempat baru aku lebih suka guna peta berbanding alat GPS. Kalau dapat dua-dua lagi bagus lah.. bila guna peta terbayang posisi distinasi keseluruhan. jadi kita tau, ooh pekan ni sebelah sini, pekan tu sebelah situ...Bila tersesat dapatlah gambaran arah mana nak dituju. Kalau guna alat GPS kita main ikuut je...rasa sempit kepala hotak...
Masa balik dalam kul 12.00 trailer masih ada lagi..! trailer cuba dialihkan tapi kalau setakat guna trak penunda mana larat wei, mungkin silap info lori kecik yang terbalik..dalam perjalanan seterusnya berselisih dengan kren menuju tempat kejadian..baru betul maklumat
Kuala Pilah bandar daging salai...ha ha..banyak bebenor gerai seumpama ini bila memasuki Kolo Pilah. Gerai menjual daging lembu, puyoh, itik,ayam bandor, ayam kampong, ikan dll. jangan lupa singgah dan beli...
Pasni jom kita ronda -ronda lagi..!
baru je lepas tgk berita tv 1 sabak salai.. rupanya kt kuala pilah
ReplyDeleteSabak salai kt pedas laa kak.. Bkn kuala pilah..
ReplyDeletehehe kami puntak tau itu di Sabak Salai...Sgt kena l;ah dengan namanya..
Delete