Bila bermusafir untuk tempoh waktu singkat di Thai baru-baru ini, menggunakan perkhidmatan awam lebih mudah dan berbaloi..Pergerakan dekat boleh menaiki tut tut maupun grab.
Menaiki grab lebih murah dan lebih selesa berbanding tut tut. Pergerakan jauh menaiki van atau bas.
Harga serba serbi di Hatyai pun sudah tidak begitu mesra poket..Lagipun untuk mendapatkan citarasa masakan Thai elok lah terus saja ke sebelah timur selatan Thai. Kebanyakan pengusaha restoran Hatyai berasal dari Timur... Cuma tak semua tempat makan menawarkan harga murah..premis yang sering dikunjungi warga luar harga pun sudah melambung.
Cuma bila menaiki kenderaan awam, pergerakan serba sedikit terbatas..Perlu merancang pergerakan terlebih dahulu berbanding berkenderaan sendiri yang boleh dibuat disaat akhir. Pilihan hotel di daerah timur tidak sebanyak di Hatyai..Kemungkinan sukar mendapat penginapan dimusim puncak adalah tinggi..dengan kenderaan sendiri pilihan kita lebih luas untuk ke mana-mana destinasi.
Sekembalinya dari Siam melunaskan hajat memakan kari ikan sembilang di Kuala Kurau. Ikut tekak kari sembilang disini memang special..Di sini awal pagi telah dihidang makanan berat..Ternyata harga makanan jauh lebih murah di sini berbanding Hatyai..Kari sembilang, kari kepala ikan merah, sayur campur dan air hanya Rm29 untuk dua orang...di Siam set makanan tengahari dan malam ringkas sudah melebihi harga rm50 untuk 2 orang.
No comments:
Post a Comment