click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, March 31, 2023

Europe D39-Galata Tower. Istanbul

Penerbangan Dusselforf-Istanbul mengambil masa dalam 3 jam, tiba pukul 5 petang waktu tempatan.

Menaiki bas dari airport ke Dataran Taksim 68TL/Turki Lira seorang dengan kadar tukaran matawang sekitar 1RM bersamaan 4TL. Jauh berbeza dengan harga yang dipinta pemandu teksi 900TL untuk kami bertiga.



Istanbul dan tangga atau jalan berbukit memang tidak dapat dipisahkan sebagaimana Turki dan masjid. Dulu kami tidak begitu terasa sebab mengikuti tour, segalanya  berjemput dengan bas. Atau dulu mungkin menginap dihotel  ditanah datar. Kini segalanya diuruskan sendiri, mencari penginapan melalui internet, terlepas pandang  mukabumi Istanbul. Bangunan -bangunan dbina dicerun tanah berbukit.


Dah kira terdapat 205 anak tangga perlu ditempuh disalah satu alternatif ke apartmen sebelum sambung lagi jalan mendaki. Batu Cave ada 272 anak tangga. 

Datang dalam bulan Ramadhan..huh mujur musim dingin, tak dapat bayang jika musim panas. 


Walaupun kucing jalanan, semuanya gemuk dan jinak. Tabiat warga tempatan suka memberi makan kucing. Mungkin faktor cuaca, bau najis tiada pula..Sambil melayan tangga , kita layan juga kucing.


Apartmen sewa di Cihangir sekitar 800m dari dataran Taksim,  memang sangat mencabar. Ketibaan dari airport menaiki bas ke Dataran Taksim merupakan puncak tertinggi Taksim, perlu menuruni cerun curam dan tangga untuk sampai ke apartmen. Dah terbayang jika ingin kembali semula ke puncak nanti.


Hari ke 2 Istanbul melawat Galata Tower...struktur teringgi  tertua Istanbul.



Sebagaimana Germany walaupun kiosk tiket multi bahasa tapi sesetengah perkataan masih kekal dalam bahasa Turki, perlu meminta tunjuk ajar dari orang tempatan atau petugas. Disini hanya boleh menaiki pengangkutan awam menggunakan kad pra bayar sebagaimana TnG yang boleh dibeli di kiosk hampir disemua stesen tram atau metro. Satu kad berharga 50 TL. Kredit boleh di tambah nilai melalui kiosk juga. Kad boleh dikongsi beberapa orang dengan syarat kredit mencukupi. Imbas kad di gate masuk.




Bermulalah tapak menapak menaik/menurun bukit untuk semua destinasi melalui lorong-lorong dan jalan sempit celah bangunan. 




Menurut google, struktur Menara Galata disiapkan pada 1348 dan telah beberapakali dipulihara, kali terakhir pada 2020. Kini terdapat menara tinjau dengan pemandangan 360 darjah Istanbul. Perlu membeli tiket untuk memasukinya. Ermm





Di Turki boleh makan minum, hisap rokok selamba dikhalayak ramai di bulan ramadhan, tak kira lelaki maupun perempuan. Kalau perempuan tu kita fahamlah..yang lelaki takkan uzur juga kot..



 

Ketika kami datang, berbanding Portugal, England, Germany, Turki terutamanya Istanbul lebih meriah dengan pelancong asing..



Segenap ceruk dibanjiri orangramai...


Selepas ini kami akan ke Istiklal...kawasan tumpuan membeli belah...Pergh sesakk...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK