Penerbangan Dusselforf-Istanbul mengambil masa dalam 3 jam, tiba pukul 5 petang waktu tempatan.
Menaiki bas dari airport ke Dataran Taksim 68TL/Turki Lira seorang dengan kadar tukaran matawang sekitar 1RM bersamaan 4TL. Jauh berbeza dengan harga yang dipinta pemandu teksi 900TL untuk kami bertiga.
Istanbul dan tangga atau jalan berbukit memang tidak dapat dipisahkan sebagaimana Turki dan masjid. Dulu kami tidak begitu terasa sebab mengikuti tour, segalanya berjemput dengan bas. Atau dulu mungkin menginap dihotel ditanah datar. Kini segalanya diuruskan sendiri, mencari penginapan melalui internet, terlepas pandang mukabumi Istanbul. Bangunan -bangunan dbina dicerun tanah berbukit.
Dah kira terdapat 205 anak tangga perlu ditempuh disalah satu alternatif ke apartmen sebelum sambung lagi jalan mendaki. Batu Cave ada 272 anak tangga.
Datang dalam bulan Ramadhan..huh mujur musim dingin, tak dapat bayang jika musim panas.
Walaupun kucing jalanan, semuanya gemuk dan jinak. Tabiat warga tempatan suka memberi makan kucing. Mungkin faktor cuaca, bau najis tiada pula..Sambil melayan tangga , kita layan juga kucing.
Apartmen sewa di Cihangir sekitar 800m dari dataran Taksim, memang sangat mencabar. Ketibaan dari airport menaiki bas ke Dataran Taksim merupakan puncak tertinggi Taksim, perlu menuruni cerun curam dan tangga untuk sampai ke apartmen. Dah terbayang jika ingin kembali semula ke puncak nanti.
Hari ke 2 Istanbul melawat Galata Tower...struktur teringgi tertua Istanbul.
Menurut google, struktur Menara Galata disiapkan pada 1348 dan telah beberapakali dipulihara, kali terakhir pada 2020. Kini terdapat menara tinjau dengan pemandangan 360 darjah Istanbul. Perlu membeli tiket untuk memasukinya. Ermm
Di Turki boleh makan minum, hisap rokok selamba dikhalayak ramai di bulan ramadhan, tak kira lelaki maupun perempuan. Kalau perempuan tu kita fahamlah..yang lelaki takkan uzur juga kot..
Ketika kami datang, berbanding Portugal, England, Germany, Turki terutamanya Istanbul lebih meriah dengan pelancong asing..
Selepas ini kami akan ke Istiklal...kawasan tumpuan membeli belah...Pergh sesakk...
No comments:
Post a Comment