Saturday, April 1, 2023

Europe D39-Istiklal Road, Istanbul

Istiklal Road lorong paling meriah Taksim, bersambung dengan Dataran Taksim berada di jalur paling puncak Taksim. Kanan dan kiri menuruni bukit.


Dari Galata Tower perlu mendaki lagi untuk ke Istiklal Road maupun Dataran Taksim.




Outlet premium banyak berada di jalan Ini.




Sepanjang Istiklal Road disediakan Tram mini  sehingga ke Dataran Taksim.



Sepanjang jalan ini banyak premis makanan..Kalau bukan Ramadhan memang seronok makan- makan.

Kablavar antara makanan tradisi popular Turki...selain kebab

Takjub dengan ketelitian membuat makanan ini..begitu cermat dan penyabar..packing pun menarik sesuai untuk dijadikan cenderahati..

Harga sekilo dalam Rm130, boleh pilih pelbagai perisa..tapi yang pasti maniss..


Brand popular kablavar Turki...Hafiz Mustafa sejak 1864 lagi...




Selain kablavar terdapat makanan tradisi Turki dengan sebutan  serba asing Kumpir, Berrak, Burek ..

Kumpir adalah kentang bakar yang diletak pelbagai inti. Harga satu dalam Rm30..

Burek pula seperti murtabak...burek Bosnia pernah makan tapi rasa tidak begitu menepati selera..Burek Turki akan dicuba nanti..


Madamne Tussoude Istanbul pun ada...


Bau kebab yang sangat menggoda selera..sabar..puasa.. puasa..



Gereja pun ada...



Manisan Turki.. sangat tertarik dengan susunan dan kepelbagaian cookies berwarna warni. Segalanya cantik termasuk jurujual Turki...









Lawatan berakhir di masjid dataran Taksim, singgah solat asar sebelum balik ke penginapan...

Besok akan ke Fateh...Lokasi popular Masjid Biru dan Hagia Sophia...Grand Bazar Istanbul pun disana...

No comments:

Post a Comment