Bila tiba awal di penginapan boleh meneroka persekitaran, sebenarnya tidak kurang juga menarik. Nama pun Iceland, datang pula musim winter, kanan kiri atas bawah semuanya putih.
Lebih menuruti kehendak anak dan rakan yang sejak petang lagi telah meneliti ramalan cuaca mencari lokasi yang dijangka berlangit gelap tidak terhalang awan. Ikutkan penulis lihat di utube saja..
Aurora ada sepanjang tahun hasil aktiviti ribut matahari.. serpihan bahan yang memasuki atmosfera bumi akan membiaskan cahaya berwarna warni, cuma cahaya ini tidak akan kelihatan jika langit cerah, jadi aurora hanya kelihatan dimusim winter.
Walaupun intensiti aurora tidak begitu kuat dapat juga menyaksikannya malam itu..tidak sia sia bersejuk- sejuk di awal 2 pagi.
Terjawab juga kemusykilan. Padang ragut yang luas bukan saja kuda bahkan biri biri pun meragut rumput dikawasan terbuka diluar winter. Musim sejuk biri biri dikurung didalam kandang tertutup. Rumput summer disimpan untuk kegunaan musim winter.
Melihat jumlah biri-biri tidak lah begitu banyak..hairan juga dengan prasarana dan kelengkapan yang terdapat disitu...adakah peladang mendapat rebat istimewa kerajaan. Mungkinn.
No comments:
Post a Comment