click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, March 28, 2023

Europe D35- Cologne Central Mosque

Sesudah melawat Cologne Cathedral, kami ke Cologne Central Mosque  masjid terbesar Eropah. Ketika pembukaan dulu sedikit menimbulkan kontroversi ketika azan mula pertama kali dikumandangkan setiap jumaat melalui speaker luar masjid. Kini sudah tidak lagi.




Masjid sekitar 3 minit berjalan kaki dari stesen tren bawah tanah Piusstr



Kagum bagaimana komuniti minoriti boleh membina masjid sebesar ini di lokasi strategik. Germany merupakan negara ke 3 eropah yang mempunyai penduduk muslim teramai sesudah Russia dan Peranchis.



Rekabentuk masjid berciri moden diilhamkan arkitek bukan Islam..



Rak kasut pun canggih...berwarna merah jika berisi kasut didalamnya.


Ketika ini menerima kunjungan bukan muslim sambil diberi taklimat petugas masjid.


Pertambahan komuniti muslim dikalangan warga German sangat menggalakan. Hampir setiap hari ramai warga tempatan muda German yang memeluk islam.


Roti bersaiz jumbo untuk berbuka puasa..


Bukan saja masjid, terdapat kegiatan ekonomi di aras bawah termasuk bank




Stesen tren bawah tanah Piusstr.


Meronda di jalan paling meriah Cologne. Banyak premis perniagaan barang berjenama disini.

Sesudah Cologne menuju  ke Mülheim  untuk berbuka puasa di Restoran Dayang Sumbi masakan Indonesia.


Fuh walaupun jauh dari tanahair bab memenuhi selera tekak di Germany memang tidak mengecewakan. 
banyak pilihan. Nasi arab ada, Turki, India, Pakistan...



Size hidangan German sangat besar...satu set boleh dikongsi berdua.

Tak biasa dengan saiz hidangan, kami membeli 4 set hidangan berharga €60, terdapat lebihan dibawak balik.. 

Restoran milik wargatempatan yang berkahwin dengan warga Indonesia.

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK