Penulis suka mendiarikan perjalanan ronda- ronda sejak dari dulu lagi. Membelek diari lama dapat mengembalikan nostalgia silam. Gambar berserta coretan menyegarkan kembali pengalaman dilalui. Dulu tak boleh memuatnaik banyak gambar berbanding sekarang, Kini video pun boleh disimpan sebagai kenangan. Rugi jika gambar- gambar hanya disimpan di kad memori phone atau Fb, bertahun berlalu gambar dan video sukar untuk di akses atau kad memori entah ghaib ke mana.
Ronda jauh mengambil kesempatan melawat anak- anak belajar di tahun akhir luarnegara.
Kenangan ke Mesir melawat anak sulong belajar tahun akhir di sana, transit di London dan Barcelona 2015. Kami menyewa kereta meronda selatan England.
Kembara Australia anak ke 2 2014 Di Sini
Kembara Kanada US anak ke 3 2018 Disini
Kembara New Zealand anak ke 4 masih tertangguh kerana Covid19
Tak puas meronda selatan England di awal winter, dimana tempoh siang singkat, kami meronda seluruh England dan Scotland penghujung winter pada tahun 2017 siang lebih panjang, sebelum menyertai rombongan Eropah bersama grup Kelana Konvoi.
No comments:
Post a Comment