10 hari telah berlalu, meneliti gambar tiada banyak perbezaan, gambar yang hampir sama walaupun berlatarbelakangkan berbeza. Pakaian sama diulangpakai. Meronda bukan memperaga fesyen. Mencari laundry untuk mencuci pakaian.
Harga laundry £6.50 untuk mesin sederhana..kecil £5.5 dan besar £8
Boleh la kitar semula baju Lisbon setelah dicuci.
Perjalanan Lisbon-London agak meletihkan untuk orang rumah, lebih lagi tanpa rehat yang betul. Walaupun rangkaian pengangkutan awam serba lengkap di London, berpindah dari satu stesen ke stesen line berbeza walaupun di lokasi sama memerlukan stamina. Rangkaian keretapi bawah tanah atau lebih popular di panggil Tube melibatkan stesen jauh dibawah tanah. Perlu mendaki atau menuruni tangga atau ekskalator atau lift.
Bila tenaga mulai pulih mencari makanan di supermarket untuk mengalas perut, hanya berjalan kaki dari hotel.. Berbeza dengan tanahair yang mudah mendapatkan orang berjual sarapan pagi, di eropah restoran/kafe paling awal dibuka adalah pukul 10 pagi, kebanyakkannya jam 12 tengahari ke atas...
Penggunaan tiket bersepadu kini lebih mudah, boleh membeli kad tiket yang dikenali Oyster, sama seperti kad TnG, kredit yang boleh di tambah nilai. Deposit £7 dikembalikan jika memulangkan semula kad Oyster tersebut. Atau paling mudah menggunakan kad debit atau kad kredit Visa/ MasterCard. Berbanding Germany, penggunaan tiket lebih ringkas hanya menyentuh pengimbas tiket di gate masuk dan keluar stesen. Menaiki bas dikenakan caj sekali masuk kerana bas hanya memberi khidmat di zon yang sama, melainkan bas antara bandar atau negeri.
Harapnya di Malaysia dapat memecahkan monopoli TnG dengan meluaskan penggunaan kad Debit dan Kad kredit untuk tol dan tiket kenderaan awam.
Selepas berehat panjang dibilik, hari ke 2 London hanya pergi ke Wembley Central menaiki bas. Kunjungan ke Central London hanya setelah tenaga fizikal dan mental pulih. Walaupun hanya 12km Wembley berada di zon 4, manakala Central London berada di Zone 1 . Akan lebih banyak menggunakan bas, kerana prasarana bas lebih mesra orang berusia. Melainkan merentas beberapa zon kena gagahkan juga menaiki tren ataupun tube.
Di Wembley terdapat ramai warga muslim.. Terdapat banyak restoran halal. Malah kebanyakan KFC UK adalah halal.
Menurut senarai eropah, UK berada ditangga ke 4 sesudah Germany, France dan Rusia, negara yang memilik populasi muslim ramai.
Esok akan ke Central London.
Jangan paksa-paksa... Kita gerak santai
No comments:
Post a Comment