Rumah penginapan tersangat besar lengkap dengan mesin basuh dan pengering...sempatlah membasuh pakaian.
Pergerakan harini lebih awal kerana pemanduan jauh.
Bimbang jika malam baru tiba di penginapan ..Ngeri nak memandu malam merentasi pergunungan dalam keadaan cuaca tak menentu. Siang pun tetiba ribut salji, inikan pula malam. Ketika ribut salji bawa kereta hampir terhenti sebab pengelihatan sangat terhad..
Singgahan pertama ..Reykjanes Geothermal Hotspring
Geothermal...bau busuk seumpama telur tembelang ataupun longkang...airsejuk meresap ke rekahan volkano menghasilkan wap panas bersulfur
Singgahan ke 2 Studlagil Canyon.. Selebihnya berhenti rehat sepanjang perjalanan.
Bergambar sama saja..latarbelakang dan persekitaran sama putih, pakaian pun sama walaupun lokasi berbeza.
Setelah beberapa hari, kita sendiri payah mengenal pasti lokasi berpandukan foto foto..
Cuma nak beritahu apa terakam melalui kemera tak akan sama dengan yang sebenar..Yang sebenar jauh lagi cantik. Kena datang sendiri baru boleh memahami apa yang penulis cuba sampaikan...
Ketika ini dah sampai selatan semula bahagian timur, selepas memandu hampir 6 jam dari Akureyri ke Djupivogur...Tak boleh menyinggah banyak tempat sebab perjalanan jauh, jika menyinggah pun hanya seketika dan ada tempat terpaksa dibatalkan kerana laluan tidak boleh dilalui mungkin salji tebal atau salji runtuh.
Penginapan kami di Djupivogur...Lapisan salji hanya dipuncak gunung. Tapi angin tersangat kencang disini..
Sebelah malam aurora muncul dengan banyak hanya melihat di perkarangan chalet..Tak terambil gambar banyak sebab sangat sejuk dan angin tersangat kencang.
Aurora terakam kategori 2,.yang di ambil sebelum ini kategori 1. Kategori 3,4 akan nampak jelas berwarna hijau dan jingga..tapi begitu cepat menghilang tak sempat merakamkan dengan kamera.
Esok akan meneruskan perjalanan ke barat...
No comments:
Post a Comment