Thursday, October 31, 2019

Ronda Balkan D10-Zagreb Crotia

Ahad 27 Okt 2019

Ronda Balkan 2019 bakal melabuhkan tirai. Lawatan ringkas terakhir Bandar Zagreb, Crotia sebelum bergerak  ke lapangan terbang. Tak sabar dah nak balik ke tanahair.




Meninggalkan Balkan dengan pelbagai kenangan. Berbeza dengan ronda-ronda sendirian, ronda secara pakej menawarkan penginapan yang sangat memuaskan.



Tapi yang pasti ronda ronda sendirian memberikan kebebasan yang membuatkan kita tak ingin untuk segera menamatkan ronda ronda. .











Setelah meronda 5 negara Balkan Macedonia, Albania, Montenegro, Bosnia Hezergovina dan Crotia, penulis memilih Crotia yang memiliki ciri  ciri tipikal negara eropah. Bandar yang kemas, bersih dengan facade bangunan yang hampir seragam.






Penduduk Balkan juga lebih mesra orang luar. Anak anak kecil walaupun  gusar tapi ceria diajak bermesra. Penulis pernah cuba mendekati anak kecil eropah maupun Australia, disana anak-anak lebih waspada terhadap orang tidak dikenali.






Kemesraan orang dewasa terhadap orang luar juga jelas  terpancar. Mereka akan cuba yang terbaik sekiranya kita bertanyakan arah. Jangan bimbang dengan bahasa komunikasi, gunakan segala yang  ada,janji mampu memberi kefahaman.  Mereka juga sama,English  bukan bahasa tuturan harian . 

Enjoy your stay in Crotia.













Berakhir sudah ronda ronda Balkan. Secara keseluruhan pengalaman yang menarik cuma kaum ibu agak terkilan kerana diberikan masa yang agak terbatas untuk shoping shoping. Rasanya tak begitu luak  duit poket yang dibawa.

Masa banyak terbuang dalam bas sebab perjalanan untuk singgahan singgahan ringkas. Yea pastinya tidak sama antara ronda ronda  sendirian dengan ronda berkumpulan.

Sehingga bertemu lagi dilain kembara...Chow.

Wednesday, October 30, 2019

Ronda Balkan D9.Taman Negara Plitvicka Jezera, Crotia...


Day 9 Sabtu 26hb Oktober 2019

Junggle trekking Taman Negara Plitvicka Jezera Crotia.

Dari Bosnia ke Crotia melalui
imegresen yang agak ketat..Jika sebelum ini pasport hanya diserah kepada pemandu pelancong tempatan, kali ini semua peserta diminta menyerahkan sendiri pasport di booth imigresen. Alasannya untuk memeriksa penyeludupan imigran yang sering menjadikan Bihac sebagai pusat transit untuk ke negara eropah lain.

                


Hujung minggu Sabtu pengunjung taman negara sangat ramai, tiket pagi kehabisan, hanya mendapat slot  pukul 3ptg. Sehari hanya 3000 peserta dibenarkan untuk berkunjung ke taman negara ini




Penulis berpendapat seeloknya dibatalkan saja pogram jungle tracking ini sebab jauh trek lebih 4km, turun naik tanah tinggi, tapi majoriti bersemangat mahu merasai jungle tracking di negara orang.





Berdasarkan taklimat awal keseluruhan treking mengambil masa paling kurang 3jam..Dikhuatiri ada peserta yang tak larat bergerak cepat dan sukar untuk mengumpul peserta jika sausana semakin gelap.

Dalam grup ada nenek bercucu 24 orang..Ada pakcik berusia 79tahun, tapi itulah bila semangat mengatasi kudrat terimalah akibatnya.



Pengunjung tersangat ramai, beratur panjang untuk menaiki bot menyeberang ke sebelah sana.


















Secara keseluruhan pemandangan cantik tapi belum cukup memukau...Ini yang leceh apabila pernah menikmati pemandangan jauh lebih menakjubkan di Jasper National Park, Calgary Canada. Pemandangan tasik serta air terjun ganas berlatarbelakangkan gunung ganang diliputi salji  sentiasa menjadi penanda aras setiap kali melawat kawasan baru. Ataupun mungkin lawatan dimusim berbeza menyajikan pemandangan berlainan untuk membuat penilaian adil.


Betul ..  Magrib baru peserta dapat dikumpulkan kerana terdapat kekeliruan tempat berkumpul antara peserta yang jauh dihadapan dan peserta dibelakang..Masing-masing sudah mula naik hangin kerana kepenatan. Mujur setiap orang memiliki dataline.


Alhamdulillah  peserta berjaya dikumpulkan, tak lama melabuhkan ponggong dikerusi bas, kedengaran dengkuran peserta..Penat sangat.

Malam ke 10  bermalam di Zagreb.