Day 9 Sabtu 26hb Oktober 2019
Junggle trekking Taman Negara Plitvicka Jezera Crotia.
Dari Bosnia ke Crotia melalui
imegresen yang agak ketat..Jika sebelum ini pasport hanya diserah kepada pemandu pelancong tempatan, kali ini semua peserta diminta menyerahkan sendiri pasport di booth imigresen. Alasannya untuk memeriksa penyeludupan imigran yang sering menjadikan Bihac sebagai pusat transit untuk ke negara eropah lain.
Hujung minggu Sabtu pengunjung taman negara sangat ramai, tiket pagi kehabisan, hanya mendapat slot pukul 3ptg. Sehari hanya 3000 peserta dibenarkan untuk berkunjung ke taman negara ini
Penulis berpendapat seeloknya dibatalkan saja pogram jungle tracking ini sebab jauh trek lebih 4km, turun naik tanah tinggi, tapi majoriti bersemangat mahu merasai jungle tracking di negara orang.
Berdasarkan taklimat awal keseluruhan treking mengambil masa paling kurang 3jam..Dikhuatiri ada peserta yang tak larat bergerak cepat dan sukar untuk mengumpul peserta jika sausana semakin gelap.
Dalam grup ada nenek bercucu 24 orang..Ada pakcik berusia 79tahun, tapi itulah bila semangat mengatasi kudrat terimalah akibatnya.
Pengunjung tersangat ramai, beratur panjang untuk menaiki bot menyeberang ke sebelah sana.
Secara keseluruhan pemandangan cantik tapi belum cukup memukau...Ini yang leceh apabila pernah menikmati pemandangan jauh lebih menakjubkan di Jasper National Park, Calgary Canada. Pemandangan tasik serta air terjun ganas berlatarbelakangkan gunung ganang diliputi salji sentiasa menjadi penanda aras setiap kali melawat kawasan baru. Ataupun mungkin lawatan dimusim berbeza menyajikan pemandangan berlainan untuk membuat penilaian adil.
Betul .. Magrib baru peserta dapat dikumpulkan kerana terdapat kekeliruan tempat berkumpul antara peserta yang jauh dihadapan dan peserta dibelakang..Masing-masing sudah mula naik hangin kerana kepenatan. Mujur setiap orang memiliki dataline.
Alhamdulillah peserta berjaya dikumpulkan, tak lama melabuhkan ponggong dikerusi bas, kedengaran dengkuran peserta..Penat sangat.
Malam ke 10 bermalam di Zagreb.
No comments:
Post a Comment