Monday, October 28, 2019

Ronda Balkan D8-Bihac Bosnia..




Day 8 , Jumaat 25Okt 2019

Menuju ke Bihac, Bosnia. Bandar bersempadanan dengan Crotia. Lawatan Balkan akan berakhir di Crotia. Penerbangan balik Ahad akan melalui Zagreb.






Perjalanan yang agak jauh dari Serajevo hampir 6 jam. Kiri kanan jalan ke utara disajikan dengan pemandangan berkabus gunung ganang berhutan, berbeza dengan sebelah selatan yang bergunung-ganang hampir gondol.

Dalam perjalanan itu menyinggah dibeberapa tempat menarik.

Singgahan pertama Travnik Fortress.
















Kubu pertahanan yang wujud sejak zaman perang dunia pertama lagi.



Pemandangan dikaki gunung Travnik, air sungai yang sangat jernih. Foto seperti lukisan 3D. Makan tengahari sambil menikmati pemandangan air gunung yang cantik.

Singgahan ke Dua Tasik ..Ermm dh tak teruja untuk mengetahui nama tasik.





Air terjun ala ala Niagara Fall di Jacje..






Singgahan-singgahan yang kurang mengujakan kerana lawatan sebelum ini telah melawat banyak tempat sebegini.


Singgahan ke 3 air terjun lagi.

Air terjun yang ini sangat unik. Pemandangan seperti diposkad. Rumah- rumah kayu mini dibina diatas aliran air terjun







Penulis musykil bagaimana air sungai boleh mengalir begitu tersusun ditanah agak rendah.. Siasatan dibelakang rumah mini, mendapati air terjun adalah buatan. Limpahan air tasik diolah supaya aliran air bercabang dan membentuk air terjun yang cantik..Sunguh kreatif.

Rumah rumah mini adalah model stor kayu tempat penduduk memproses gandum menggunakan kincir air.


Singgahan ke 4..Mescid Malezija. Masjid Malaysia yang disumbangkan kerajaan Malaysia, bantuan pasca perang 95





Malam tiba di Bihac. Makan malam dah boleh agak apa yang bakal dihidangkan nanti.

DiBalkan  sejak hari pertama sehingga hari ke 8 ini, dihidangkan menu yang hampir sama...Senang sungguh kursus kulinari dan tukang masak disini. Selera penduduk tempatan semacam sama.,langsong tiada kepelbagaian menu.

Sarapan macam biasa roti,roti, roti, telor..

Tenghari dan malam,

Salad,tomato, kobis, jeruk zaitun..roti..sup cendawan

Maincourse kentang goreng, ayam goreng tanpa minyak/chicken cop dan  kekadang burek.
Burek ni semacam roti prata gulung berinti ayam atau daging.

Menu ikan hampir tiada, mungkin sukar mendapat bekalan ikan kerana negara balkan dikelilingi gunung ganang.

Ermm kembang dah anak tekak ...

Esok kami akan ke Crotia...

1 comment:

  1. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete