Sekarang hari kebun tidak lagi terkhusus pada hari Rabu, hari lain pun boleh asalkan berkelapangan. Dulu memilih hari Rabu untuk memudahkan tuan tanah yang kita tumpang laluan supaya senang mengingati hari kebun, tambahan lagi hari rabu selalunya pelanggan kedai gunting tidak begitu ramai untuk pembantu ikut serta ke kebun.
Kini pembantu bukan lagi budak gunting dan palang laluan pula sudah tidak lagi dikunci, boleh saja ke kebun menurut kelapangan. Pembantu baru merupakan pekerja kontrak binaan lebih berkelapangan pada hari Ahad.
Kita suka ke kebun pada hari Ahad sebab jalan tak jem...pembantu baru pula sudah terbiasa berkerja seawal 8 pagi, jadi urusan ke kebun lebih mudah..Dulu dengan pembantu lama, setiap kali pergi terpaksa mengejut dan memujuk.., masa terbuang paling kurang sejam, sedangkan untuk tempoh ini jika terus ke kebun banyak aktiviti kebun boleh dimanfaatkan...
Jika kebun berjiran diusahakan dan lapang, nescaya penulis ke kebun berseorangan, tak perlu berteman..Mudah, pantas dan jimat..
Hari ini menyulam 10 pokok durian yang mati dan menambah tanaman pokok nangka 5 pokok. Petak khusus nangka masih terdapat ruangan yang boleh dimanfaatkan lagi.
Tin kosong digunakan untuk mengepong pokok dari disodok babi, kawan yang menanam sawit memberi tips ini.
Kepongan tayar, babi masih mampu menyondol ruangan dalam tayar dan mencabut tanaman yang baru ditanam.. terutama dikawasan favorit..mungkin disitu banyak cacing.
Kita pindahkan sedikit dari kawasan favorit dan tukar kaedah kepongan dengan harapan babi akan kurang tertarik untuk ke situ.
Beginilah dugaan berkebun di kebun terpencil..
Rupanya merata pak B tu menyondol ye. Kat muo ada, kat Batu Pahat ada kat Kedah pun ado. Yang kat muo tu lagi lah tengah bandor kat Tg Agas dia merayap. Kena lah kakak saya buat pagor takut dia masuk ke dapur lah pulak menyondol sampah
ReplyDeleteUish..bkn saja babi..landak pun ada..patut pun ruanfan kecil dalm tayar pun turut dikorek sehingga tercabut ank pokok baru tanam..dugaan
Delete