Suasana diperkampungan sawah sangat mendamaikan..kini musim padi sedang menghijau...luas saujana mata memandang.
Di Sekinchan makan-makan di Restoran Lembah Bernam. Lokasinya boleh dikatakan ceruk..Kami tahu pun melalui internet.
Adat menerjah tempat orang, rakan tadi tidak berkesempatan untuk turut serta kerana mempunyai program kemasyarakatan sempena menyambut bulan puasa.
Kini diceruk mana sekali pun tak mengapa, bila hidangan enak dan special, melalui kuasa viral pengunjung dari segenap pelusuk tempat sanggup bertandang.
Menu masakan adalah masakan ala kampung, ulaman, ikan atau daging-daging eksotik. Ayam kampung, landak, rusa, kijang, ikan baung, patin, sembilang, pekasam dll
Rupanya restoran ini diusahakan oleh adik kepada pemilik Restoran Selera Rimba di Sg Panjang .. Patut pun menu lebih kurang sama.. Barangkali beliau mencontohi abang yang begitu menjadi mengusahakan masakan sebegitu.
Hari biasa pun ramai apatah lagi dihujung minggu atau hari kelepasan am.
Kunjungan kami di Laman Tebu Parit 2 begitu unik sekali.
Mulanya sekadar warong biasa tepi jalan menjual air tebu, apabila warong dihias dengan deretan tanaman tebu, kini pelbagai menu ditawarkan dengan kunjungan orang ramai yang tidak putus-putus.
Ban Kenal dipinjam dari perkataan orang putih 'Bund Canal' yang bermaksud terusan yang mempunyai tebing tinggi.
Ada juga yang kata Main Canal atau Terusan Utama.
Terusan dibina untuk pengairan sawah sejak zaman British lagi.
Syok berkunjung ditemani orang tempatan . Tempat-tempat menarik atau tempat-tempat makan enak yang belum tersohor boleh dikunjungi melalui jalan-jalan pintas.
Kami dibawa ke lokasi-lokasi baru.
Melawat kilang amat rugi jika tidak membeli. Untung jika membela ayam dikawasan yang terdapat kilang padi..dedak beras ini berharga seringgit sekilo.
Tak boleh merentas negeri maka elok memanfaatkan kunjungan ke destinasi baru senegeri tapi lain daerah.
Selepas ini sudah berkira-kira untuk ke kelong di Sabak Bernam pula...
Jom jom jom...
Cantiknya tanaman tebu tu
ReplyDeleteYea kemas tersusun..menjadi tempat org bergambar..itu pasal viral wak.
DeleteSubhanallah!
ReplyDeleteMacam-macam tarikan di negeriku ini. Sayangnya belum berkesempatan untuk jelajah. Moga Covid-19 segera berlalu, dapatlah balik Malaya.