Saturday, June 30, 2012

Pelik...? yea kekadang pelik...


Beli nombor menarik...rasanya kebanyakan orang suka., Jika tidak masa kan yang berkemampuan sanggup berhabis ratusan ribu ringgit semata-mata untuk memiliki angka digemari..sementara orang kebanyakan turut terikut-ikut membeli angka menurut persepsi masing-masing..ada yang mengabadikan berdasarkan tarikh lahir dsb...Jika ada sepuluh kenderaan, bersusun kenderaan dengan nombor yang sama...Walaupun secara peribadi aku tak suka menggunakan no menarik lebih-lebih lagi jika terpaksa berbelanja  untuk membida nombor tersebut ...namun aku sangat suka bila melihat banyak kenderaan mewah menggunakan no 4 yang tersangat pantang dikalangan orang cina...Buktikan pada mereka nombor adalah sekadar angka...tapi dapat juga aku perhatikan ramai  orang cina  sekarang tak berapa kesah pun pasal no 4 ni...mungkin generasi baru kot...


Berbelanja barangan lusuh/antik-  .. Ada orang sanggup berhabisan semata-mata untuk barangan lusuh.. atau adakah citarasa manusia menjadi pelik bila berduit...? sekadar ribu-ribu mungkin dapat diterima dek akal, tapi kalau ratusan ribu hatta jutaan memang tak terfikir oleh otak aku....hu hu..motor lusoh, kereta lusoh, potrait lusoh, tembikar lusoh, cincin lusoh, pedang / keris  lusoh dsb

Lagi aku tak faham ada orang yang sanggup berbelanja besar untuk seluar jean lusoh..he he..Yang ini bukan ribu riban, ratusan ringgit sudah cukup memusykilkan aku, kenapa ada yang sanggup membeli bekas pakaian orang lain dengan harga yang tersangat mahal...berilah pelbagai alasan..jenama, kualiti kain dsb aku semacam tak boleh terima semua alasan itu...sedangkan sekarang seluar jean baru berkualiti boleh diperolehi serendah 25 ringgit.! Ini yang aku lihat dikedai bundle petang tadi, kebetulan aku singgah untuk memendekkan jean aku yang labuh.. 300..400..500..sehelai..! dan menurut pengusaha ramai yang sanggup membeli...! sungguh tak masuk dek akal aku...

Dan lagi aku pelik...ada orang sanggup berbaris panjang semata-mata ingin menikmati makanan yang digemari..tunggulah nanti dibulan ramadhan..ada yang sanggup berbaris seawal 3 petang...! Sungguh aku musykil..adakah kesedapannya boleh dirasai sehingga berbulan-bulan ...?



Euro 2012

Pelik...? He he..tepat ramalan aku Itali menang lawan Jerman, walaupun jaringan 2-1, tapi perbezaan gol tetap 1-0 sebagaimana yang aku ramalkan. Boleh jadi bomoh bola. Mari..mari..mariii! ha ha..

Thursday, June 28, 2012

Euro 2012..Itali menang 1-0

Pagi esok dapat tau le siapa bakal lawan Sepanyol diperlawanan akhir Euro 2012. Pagi tadi tak kesampaian menyaksikan perlawanan separuh akhir Portugal dan Sepanyol. Jom main teka-teka siapa menang Jerman lawan Itali diseparuh akhir kedua nanti..Aku sukakan Jerman tapi yang leceh apa yang selalu aku harapkan seringkali yang sebaliknya terjadi. Sehinggakan terpaksa aku meramalkan perlawanan sebelum ini antara Itali dan England dimenangi oleh England...dan keputusan ramalan mujur betul..England kalah...ha ha..

Tapi kali ini walaupun aku rasa Jerman boleh menang berdasarkan prestasi semasa, tapi aku ramal Itali menang.... Prestasi mantap , permainan cantik belum tentu menjamin kemenangan...Kekadang tuah dan nasib juga memainkan peranan ..Aku ramal betul-betul bukan mengharapkan yang sebaliknya terjadi.. Itali menang... 1.-0..! Bagaimana ramalan anda kali ini...?


Kita tengok siapa yang kenaaa...! ha ha..

Sunday, June 24, 2012

Itali atau England...?

 Euro 2012 dah nak masuk pusingan separuh akhir..Pasukan favorit aku satu demi satu kecundang. Bermula dengan Belanda, Russia, Rep Chech dan terbaru Perancis. Mujur top favorit masih kekal handal dan makin menyengat iaitu Jerman.  Tiga slot separuhakhir  telah diketahui..Jerman, Sepanyol dan Portugal manakala  satu lagi slot akan  diketahui awal pagi esok antara Itali atau England.

Ikutkan hati, Itali lawan England memang aku sokong Itali, tapi aku risau...ikut perlawanan yang telah lepas, mana pasukan yang aku sokong secara terbuka semuanya kecundang...Supaya England tak mara ke separuh akhir, dengan berat hati aku sokong England awal pagi esok..Rooney..! Rooney...ha ha...!

Ikuti tulisan aku lagi mengenai England Euro 2012- Benci tapi rindu

Saturday, June 23, 2012

Lagi-lagi WWW 1

Aku bersembang dengan kawan aku baru-baru ni,.. tak setel lagi rupanya isu WWW 1...marah betul dia...

Sebelum ni aku pernah menulis isu yang sama..klik sini  WWW 1

TAN 1, MCA1, WWW1, dan yang terbaru PKR 1...semua ketahui dibida dengan harga mahal dan yang paling hangat pastinya WWW1 yang mendapat bidaan tertinggi 520 ribu...! Seantero Malaysia kecoh..membazir, bongkak dsb...Padahal sebelum-sebelum ini nombor yang disenaraikan juga dibida beratus ribu kecuali PKR1 nyaris-nyaris 100ribu...tidak pulak menjadi isu..Barangkali lonjakan harga yang begitu ketara  menjadikan ramai orang terkejut beruk . Katakan dulu bidaan tertinggi 300 ribu, bidaan terkini pula 350 ribu mungkin orang masih boleh menerima. Ini tetiba melonjak 520 ribu..Pastinya mengundang kontroversi kerana berada di luar jajaran kemampuan orang kebanyakan...

 Sebenarnya ramai orang tanpa sedar termasuk yang marah-marah telah 'membazir' dan bongkak dengan membida nombor-nombor pilihan tetapi tidak menjadi isu kerana nilai bidaan didalam jajaran 'kemampuan' orang kebanyakan. mungkin RM500, RM1000, RM10 ribu dsb.  Jika tidak masakan setiap kali  nombor-nombor baru diperkenalkan, orangramai berebut mengidamkan nombor pilihan tersebut. Cuba perhatikan no plat kenderaan disekeliling anda.. Bukankah sudah menjadi trend orang ramai obses dengan nombor-nombor cantik...? Jadi kenapa pelik, dengki dan menjadikan isu , apabila nombor pilihan dengan nilai bidaan berada diluar 'kemampuan' kita  menjadi milik orang lain..? Padahal sekiranya mereka 'mampu' aku percaya mereka turut akan membida nombor tersebut...

Pada aku isu utama disini adalah orang terkejut dengan 'perubahan' , sebab itu ia cuba  dijadikan isu. Apabila membeli nombor plat kenderaan ratusan ribu hatta juta  telah menjadi trend kelak nescaya isu ini akan tenggelam. Kita patut berterimakasih kepada pembida-pembida kerana secara rela membayar cukai kepada kerajaan. Bukankah  hasil bidaan juga sebahagian bentuk cukai kerajaan yang akan masuk ke kantong kerajaan...? Duit kerajaan bermakna duit rakyat ..? Jadi apa isunya...? Membazir..Lu fikirlah sendiri...


Friday, June 22, 2012

Ride Minggu Pendidikan Khas...

Tarikh 21hb Jun 2012, Khamis
Lokasi SMK Batu Muda, Daerah Gombak
Aktiviti. Program Minggu Pendidikan khas -Meraikan insan istimewa

 Sambutan yang diberikan kepada Bikers oleh pihak sekolah dan pelajar-pelajar lain sungguh mengharukan. Bergema dengan sorakan menyambut ketibaan bikers.. 

Secara ringkas, hanya  beberapa kelas yang menempatkan insan istimewa ini. Berdasarkan pemerhatian pelajar istimewa disini sebahagiannya berperawakan  seperti pelajar normal lain. Pengidap dyslexia secara zahirnya berperwatakan normal, antara keistimewaannya mereka mengenali huruf, angka dsb secara KILABRET....he he terbalik...Pengidap autisma juga terdapat disini..

Kes-kes istimewa yang lebih serius akan ditempatkan di PDK

Berikut adalah gambar-gambar yang aku ambil untuk tatapan pembaca berserta sedikit penilaian aku....













Ride disertai pelbagai kelab dengan pelbagai jenis motor.. Goldwing, Versys's owner group, Puchong Bikers, SYM dll. namun  hasil pemerhatian, aku menobatkan Bike  of the day kepada Customised Jaguh

                   Man of the day - Abe Mat sebelah kiri yang terlibat secara langsung menjayakan pogram.



                                                Star of the day pilihan aku --Hakimmm..! 

Wednesday, June 20, 2012

RM 6 Juta...!

RM6 juta...! yea betul RM6 juta. Ramai yang tidak mempercayai dengan menayang cek  di FB, seolah-olah mempersenda cek yang diterima. Bila bank mengesahkan cek yang diterima bukan palsu bahkan benar belaka, ramailah yang terlopong termasuk aku....Inilah kesah yang diceritakan kepada aku perihal seorang hamba Allah yang menyumbang wang tunai 6 juta untuk menaiktaraf surau di satu taman perumahan berdekatan Salak Tinggi Selangor . Uniknya hamba Allah itu bukan ahli kariah disana  dan pihak AJK sendiri tidak mengenali insan hebat tersebut...

Amacam...? Adakah kita cukup kental untuk berpisah dengan duit/harta kita kearah kebaikan seperti insan diatas...? Atau kita masih terpedaya duit/harta kita masih tidak cukup banyak untuk diinfakkan. . Takut-takut menjadi miskin..Yea kita insan lemah kekadang masih ragu dengan janji Allah dan rasul, tidak akan rugi orang yang berbelanja  bahkan ditambah berlipat ganda setiap harta yang dibelanjakan kearah keredhaan Allah.. Didunia dan Akhirat...!

Aku pernah mendengar kesah seorang sahabat nabi yang cacat seluruh anggota tapi sanggup bersusah payah mengait buah kurma dan dapatlah 3 biji kurma lantas diinfakkan kepada nabi sebagai persediaan menghadapi peperangan. Nabi mengiktiraf sumbangan itu sebagai sumbangan tertinggi..! Allah tidak pandang berapa nilai harta yang sanggup kita keluarkan tetapi kesungguhan atau keikhlasan yang kita tunjukkan.  Moral cerita ini adalah berinfaqlah segera tanpa perlu menunggu kita jadi kaya atau berharta...Resam dunia, kita tak akan puas dengan apa yang ada...

Insan diatas percaya dan yakin dengan janji Allah dan Rasul..Jom kita berazam menjadi sepertinya...Amin.











Tuesday, June 19, 2012

Konvoi 4 x 4 Pos Kuala Mu...Selamat berxpdc..!

Tak rugi bersahabat. Berkawan biar ramai, musuh jangan dicari. Tak sangka berkenalan di alam maya, bertemu di alam nyata dengan ramai rakan di luar sana yang turut berkongsi keseronokan yang hampir sama-Berekspedisi..! Walaupun mungkin dengan cara  berbeza. Mereka dengan 4WD...aku.? he he..berkuda besi saja..Artikel  xpdc-4x4-sambil-beramal menemukan aku dengan Azwan Dengkil dan rakan-rakan yang lain di Dengkil, Selangor petang tadi... ternyata di alam maya beliau kelihatan sedikit berusia namun sebenar teramat benor mudanya...

Selamat berangkat kepada team D'Harong yang akan ke Pos Kuala Mu, Sg Siput Perak pada 22hb Jun 2012, Jumaat malam Sabtu depan. Semoga misi tercapai. Kepada pembaca diluar sana yang ingin menyumbang rasanya kumpulan tersebut sangat berbesar hati menerimanya. Aktiviti seumpama ini sewajarnya digalakkan. Melayan minat sambil beramal. Dunia dapat akhirat pun dapat.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan petang tadi  perjalanan merentasi laluan offroad ke  Pos Kuala Mu adalah sukar diramal...Walaupun hanya berjarak 67km namun kadangkala terpaksa  berhempas pulas selama 12 jam sebelum tiba ke destinasi..!

Teringin juga menyertai namun  bukan kali ini...

Apa seronoknya berxpdc di hutan belantara ni erk...?


Monday, June 18, 2012

LPT 2-sebahagian lagi dibuka...

Pembukaan keseluruhan LPT memang amat dinanti-nantikan oleh seluruh pengguna terutamanya mereka yang mempunyai keluarga atau sering berurusan disana. Aku jangka tempoh perjalanan dari KL ke KT boleh dipercepatkan kepada 4-5jam berbanding sekarang 6-7 jam bergantung kepada cara pemanduan anda.
Dengan pembukaan lebuhraya kelak, dijangkakan negeri-negeri di Pantai Timur akan menerima tempias pembangunan dengan kadar segera. Sektor pelancongan boleh dieksploitasi semaksima. Negeri-negeri yang makmor dianugerahkan pelbagai keunikan dan kecantikan alam semulajadi...Kalau negeri sekecil Melaka mampu menggamit kehadiran jutaan pelancong kenapa tidak negeri-negeri disebelah sini yang memiliki keunikan dan keindahan semulajadi yang jauh lebih hebat dari itu...

   
Sekarang pengguna boleh menikmati pemanduan yang lancar bermula dari simpang Bukit Besi daerah Dungun -Ajil-Telipot- K. Trengganu dan barangkali boleh terus ke sepadan negeri Kelantan. Aku pernah mencuba seksyen Kuala Trengganu sehingga 16km melepasi Seberang Takir. Tak pasti selepas dari itu ke sepadan Kelantan telah dibuka sepenuhnya atau belum. 
Seksyen Telipot - Ajil telah dibuka baru-baru ini. Baki seksyen  lebuhraya yang belum dibuka adalah dari  Bukit Besi-Jabor dengan jarak tertera di papantanda ke Kuantan tidak melebihi 150KM...! Tempoh perjalanan bermula masuk lebuhraya di Telipot yang berhampiran dengan Bukit Payong K.Trg,  tidak melebihi 45 minit untuk tiba di Bukit Besi, daerah Dungun dengan pemanduan santai. 
Taktaulah siapa yang telah melanggar babi hutan ini....

Berbaki 146KM untuk sampai ke Kuantan melalui Bandar Muktafi Billah mengikuti jalan lama adalah tersangat lama, membosankan dan memenatkan.. Jalan rosak teruk..Walaupun sebahagian dalam proses penyelenggaraan namun kadar kerosakan mengatasi kadar penyelenggaraan. Kita mengharapkan  pembinaan lebuhraya  dipantau oleh orang-orang besar., samada menteri-menteri atau ketua negeri..Pemantuan berkala mesti dibuat supaya semua pihak komited menyiapkan   projek tertangguh dengan kadar segera..

Saturday, June 16, 2012

Kayuhan Puncak Kemensah 2...


Tarikh 16hb Jun 2012, Sabtu
Lokasi : Puncak Kemensah, Melawati Selangor
 Aku dah cuba bermacam-macam riadah, nampaknya berbasikal juga jadi pilihan. Walaupun penat tapi puas.. Belanja pun hanya permulaan saja semasa membeli basikal yang sedikit mahal namun selain dari itu tak banyak perlu dibelanjakan. Modal   utama semasa berbasikal adalah kudrat.

Tak banyak yang boleh aku cerita...biarkan gambar-gambar berikut berbicara.

    











Aku rasa buatlah apa saja aktiviti untuk memenuhi masa lapang menuruti citarasa masing-masing. seperti mamat diatas yang begitu sabar dan tabah berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain mengendap spesis-spesis burung..atau kumpulan dibawah ini yang meredah lalauan sempit bersama ATV. Kedapatan juga  kumpulan yang mendaki gunung dan berkhemah dihutan.

 



Aku tak sangka berbasikal kali ini dipertemukan dengan insan hebat Sdr Yusri..insan yang pernah menemani Sdr Muqarabin sehingga ketinggian 6000m semasa beliau dan rakan-rakan menawan Puncak Everest.


Keseronokan itu akan lebih bermakna bila mendapat petaka seperti ini yang menimpa salah seorang rider. He he mohor diperolehi bila gagal mengawal basikal dengan baik semasa menuruni bukit curam...Jarak kayuhan 15km. Ibarat taubat makan sambal belacan...Minggu depan kami akan ke sana lagi...Jomlah..!

Friday, June 15, 2012

Euro 2012- Benci tapi rindu...

Demam bola Euro2012. Tidur pun dah depan TV..Aku tengok juga tapi tak melihat sepenuhnya, hanya sesekali membuka mata untuk mengetahui jaringan/keputusan perlawanan terkini. Celik sekejap lepas tu sambung tidur lagi...situasi rugi rugi...nak terus tidur rasa rugi, nak terus berjaga pun rasa rugi...leceh betul...Walaupun dapat tengok sekejap-sekejap dan tidak menghayati perlawanan keseluruhan, apa yang dapat aku simpulkan memang semua perlawanan adalah best. Kawalan bola kemas, hantaran cantik, permainan laju...pergh aku suka...! seperti main hoki...serba serbi pantas dan cekap..tup-tup gol...!

Aku takdalah taksub sangat pada mana-mana pasukan, sebab itu barangkali aku tak rela bersengkang mata semata-mata menyaksikan 22 orang berebut sebiji bola...taktaulah nanti bila kejohanan memasuki peringkat suku akhir dan seterusnya...Sekarang ni banyak lagi pasukan yang aku suka...Jerman, Peranchis, Sepanyol., Rusia..mula-mula dulu sokong Belanda, tapi pasukan ni awal-awal lagi dah bungkus...Yang menjadikan seronok menyaksikan apa-apa acara sukan sebenarnya bergantung kepada pasukan pilihan kita. Bila mengharapkan pasukan pilihan menang, rasa teruja, cemas dsb membuak-buak dalam diri maka hilanglah kebosanan dan rasa mengantuk menonton. kalau takda pasukan pilihan maka tontonan menjadi hambar...

Selain pasukan yang aku sebutkan di atas sepasukan lagi yang sangaat aku suka  tengok...hilang kot rasa mengantuk bila menonton sebab mengharapkan dia kena titik kaw-kaw pasukan lawan...Aku tunggu-tunggu perlawanan yang melibatkan pasukan ini dan jika terlepas menyaksikan perlawanan segera aku cari keputusan di internet...ha ha pasukan England...Rasa rugi pulak terlepas tengok perlawanan semasa dia menentang Perancis baru-baru ni...Taktaulah kenapa aku menyampah sangat dengan pasukan ini.  Lagi menyampah bila tengok dia menang...cara berita dilaporkan dan diulas seolah-olah juara dah jadi milik dia walaupun baru mengharungi pusingan awal ...tapi aku rasakan kalau pasukan ini tercicir dari mana-mana kejohanan besar rasa macam tak berapa meriah pulak...inilah kot yang dikatakan Benci tapi rindu...!

Kepada fanatik pasukan England jangan marah aku yea..ha ha...


Thursday, June 14, 2012

Pergh...! laju gilerr...!



 Gambar sekadar hiasan..bukan laluan Pekan -Rompin..disana tak sempat pusing kepala ..Zuup...Hilang...! apatah lagi nak ambil gambar...

Kalau di lebuhraya PLUS ke utara pemanduan kami diganggu oleh gerombolan konvoi motorsikal bermarshal, laluan antara Pekan - Rompin  pada pagi Ahad 10hb terganggu pula  oleh tonggangan laju giler mat-mat motor perang...pergh..! keadaan jalan sepanjang pantai memang cantik dan berliku, sebab itu barang kali mat-mat motor perang menguji skil dan power motor masing-masing...Aku yang gayat memerhati dari dalam kereta mengetap gigi saja melihat aksi mereka mengambil konar tajam dan terlindung dengan tiba-tiba kedapatan kenderaan menongkah arus dihadapan.. gilerr...!

Tapi taklah semua yang bawak laju sembrono macam tu..sebahagian ada yang menonggang berhemah. Sampai konar terlindung  mengambil sedikit waktu, yakin selamat baru membuat pintasan..Cuma hati jangan mudah terbakar dengan mamat yang tiba dahulu dengan pelbagai kutukan nanti...Sebab itu kepada penonggang baru, anda kena tebalkan telinga sekiranya ingin menyertai kumpulan seperti ini. Lagi anda layan lagi teruja mereka menyakat anda... tips mudah- buat taktau saja....atau lagi mudah mufarakah saja dari kumpulan ini...he he...peganglah moto ini..."Apalah guna keterujaan 10-15 minit, sekiranya kesengsaraan akan ditanggung disepanjang hayat."

Untuk merasai kemeriahan konvoi seperti ini cubalah join atau pasang telinga semasa mereka berhenti minum/makan nescaya banyak maklumat atau tips berguna yang boleh dikongsi berama..Cuma kekadang sesetengah rider sembang saja lebih..bawak 200 ke atas saja...sering bertukar ganti padding lutut..pergh...asyik-asyik cerita nak upgrade motor lebih power bla bla..lagi orang khyusuk dengar lagi seronok menggoreng..walaupun kekadang sampai hangit bau temberang...! ha ha...








Wednesday, June 13, 2012

Tanker terbakar...!


Misteri kepolan asap  dan kesesakan  teruk  terjawab. Sebuah tanker terbakar. Dipercayai tiada kemalangan jiwa. Terimakasih kepada Abg Polis kerana membenarkan aku mengambil gambar untuk dikongsi bersama...


Lokasi kejadian KM 19 NKVE arah Klang sebelum susur Damansara.

Tarikh : 12hb Jun 2012



Semasa melintasi tempat kejadian segera aku memulas throtle bagi laju beb..mana tau saat tiba disebelah tanker tu tiba-tiba  berlaku letupan ...habis bersepai ...!

Tuesday, June 12, 2012

Mat-mat motor dengarlah rintihan ini...

Sabtu 9hb Jun 2012

Hujung minggu baru ni pastinya sangat sibuk untuk ibubapa yang mempunyai anak-anak tinggal di asrama..tidak terkecuali kami. Seawal 8 pagi kami telah meninggalkan rumah menuju ke destinasi Besut diikuti dengan Mersing. Perjalanan kali ini melalui Simpang Pulai -Gua Musang-Jertih. Bermalam di K.Trengganu. Sambung semula ke Kuantan-Pekan-Mersing. Bermalam di Y.Peng dan kembali semula di KL pada hari Isnin. 3H2M. Jarak perjalanan direkodkan 1400+KM

Apa yang aku nak tulis harini adalah pasal mat-mat motor yang berkonvoi  di lebuhraya yang kami temui sepanjang perjalanan kami.. Terus terang wa cakap memang aku hangin dengan mereka ni... Aku yang mat motor pun boleh naik hangin, bayangkan orang yang tak pernah pun naik atau pulas throtle minyak motor. Patut pun ada yang tulis diakhbar-akhbar meminta supaya tol turut dikenakan kepada penonggang-penonggang motorsikal., menggambarkan mereka jengkel dengan aksi-aksi mat-mat motor semasa di jalanraya...aku harap pihak penguasa tidak mengambil tindakan drastik sebegini.



Maaf cakap, aku memang cukup tak berkenan dengan konvoi-konvoi yang terlalu ramai. Kenapa tidak kumpulan besar dipecahkan kepada kumpulan kecil seramai 4-5 orang dan biarkan saja mereka membuat tunggangan bebas. Tentukan lokasi berkumpul semula. Dengan cara ini pengguna jalanraya lain tidak terganggu dan dipaksa memberi laluan kepada gerombolan yang terlalu panjang . Kekadang Marshal bertindak samseng dengan mengarahkan pengguna membuka laluan kepada mereka...Yea memang aku hangin melihat gelagat mereka. Ketahuilah tindakan segelintir penunggang motor yang biadap ini mencemarkan nama mat-mat motor keseluruhannya.


Dalam situasi jalan sibuk dengan kenderaan berat memenuhi lorong kiri..Pengguna pada kelajuan 110-120km/jam. adakah wajar mereka dipaksa memberi laluan kepada konvoi motor..? Marshal membunyikan siren sambil mengarahkan pengguna kenderaan ketepi...! Siapa kamu,,,? Uissh bukankah kamu mat-mat motor pengguna kereta juga...Ketahuilah kereta dsb bukannya macam motor..sekali pulas berdesup pergi..jadi berilah mereka peluang memintas.. atau kalau kamu tidak sabar mengekori..pintas  saja dari sebelah kiri...sebab itu aku katakan berkonvoilah dengan kumpulan yang kecil secara bebas...!

Aku tak faham kenapa perlu bergerak dalam kumpulan yang besar, melainkan acara rasmi nasional.  Adakah peserta-peserta terlalu naif untuk bergerak sendirian.? Kalau peserta-peserta kapchai mungkin juga mudah dimengerti, mungkin baru saja memperolehi lesen yang memerlukan pengawasan atau motor klasik berusia puluhan tahun , takut-takut ada peserta tercicir mengalami kerosakan enjin atau pun berkonvoi dinegara yang serba asing, mungkin ada peserta pertama kali menjejakkan kaki disana. Bukan.. bukan ciri-ciri diatas yang aku lihat baru-baru  ni. Konvoi disertai motor ber cc besar terkini termasuk Goldwing, GTR ..BMW..Paling kecil aku tengok Versys.., bersusun lebih 50 biji memenuhi lorong utama.

Alahai kalau setakat nak melantak durian atau jalan makan-makan kat mana-mana destinasi di sini tak perlulah  jalan beriringan. Meluat wa tengok beb...


Thursday, June 7, 2012

Saman...? Kena lagi...!

Sebenarnya bab kena saman nih malas aku nak bertegang urat dengan pegawai bertugas......senang cerita samada, diam dan bayar atau diam dan tunggu saja tindakan yang bakal dikenakan. Bertekak pun bukan boleh mendatangkan apa-apa faedah...samada dia atau aku yang sakit hati . Kita yang didakwa bersalah lagilah dapat dua sakit hati..sakit hati bertekak dan sakit hati dapat surat saman...Petang tadi aku kena saman lagi..mengeloh sajalah malas nak bertekak...hu hu..Kesalahan..meletak kereta ditepi jalan...bayar jelah kompaun 60 ringgit. Sakit hati kena langsaikan saman minggu lepas RM 300 sebab bawak motor lebih 1000cc  di laluan utama lebuhraya GCE masih  lagi terasa. mau tak mau kena jelaskan juga..jika tidak cukai jalan tak boleh diperbahrui...

Dah tau dah apa jawapan kalau kita  membebel lebih-lebih, selamba  dia jawab..." maaf encik., saya hanya menjalankan tugas..". Tapi kekadang bila dah tak tahan sempat juga aku kenakan sebijik..."Betul jalankan tugas tapi jangan jadi macam robot, langsung tak guna kepala hotak.." Maaflah yea kekadang terpaksa lupakan adab susila kalau kompaun yang dikenakan  tak sepadan dengan kesalahan yang dilakukan.atau saman yang dikenakan tidak menepati tujuan asal undang-undang digubal. Contoh, laluan motor disediakan untuk keselamatan penonggang motorsikal. Adakah jika laluan utama lebih selamat digunakan maka penonggang motor akan tetap disaman jika tidak menggunakan laluan motor yang disediakan semata-mata menuruti undang-undang.?




Trak penunda yang bersedia menarik. Betul-betul depan kereta aku...Aku parking sebentar untuk bayar saman. Lewat 5 minit kena saman lagi dan kereta kena angkut...

 

Kereta yang tidak dapat diselamatkan. Kena tarik penguat penguasa. Untuk keluarkan kereta dari depoh tahanan MBSA perlu bayar saman dan kos tarik berjumlah RM370...

Issh dahlah sikit punya susah nak cari tempat parking ..kalau macam tu lebih baik panas satu badan naik motor..daripada panas hati asyik kena saman...hu hu..

Tuesday, June 5, 2012

Selamat.. pengantin baru...!




Mula melangkah kaki ke dewan majlis pertama kali di Kelab Polo, Jerudong Park, Brunei hati aku dah berdebar...Alamak segera teringat anak-anak aku yang akan memasuki alam dewasa juga nanti. Kalau macam ini punya majlis berapalah  agaknya perbelanjaan. Ishhh naya..naya..Sungguh..., aku memang tak senang duduk, segera berfikir macamana nak mengelak bermajlis macam ni bila tiba giliran anak aku nanti.. 5 orang wei..Setahu aku sewa dewan orang ramai, paling tidak mesti mencecah ribu- riban, pasang khemah pun lebih kurang sama saja bergantung kepada berapa khemah yang disewa..itu tak termasuk keperluan lain seperti pelamin, kerusi meja makan minum dll,

Kalau majlis seperti diatas tak taulah berapa kos sebenar ...



Gua mana tau adat beradat macam nih..dulu wa kawin pun main redah saja...takdanya perancang perkahwinan.(wedding planner) dan sudah berkira-kira nak diperturunkan ke anak-anak wa...he he.. . Kebetulan anak sorang dah belajar luar, yang kedua insyaallah menyusul belajar di luar juga...Dapat jodoh ditahun akhir pengajian ok juga..macam kami dulu..Selamat duit mak bapak ha ha..!.

Tapi yang leceh baru wa sebut  nak suruh anak  buat majlis ikut stail kami,  dah mula ada yang bersuara...takkan tak jemput sedara mara, adik beradik..cukuplah mak ayah bermajlis sempoi bla..bla...ishh macamlah lepas kahwin tak boleh jumpa sedara mara...

Pada wa kalau benar-benar mampu apa salahnya. nak buat majlis 7 hari 7 malam pun dipersilakan. Yang gua risau majlis seperti ini memberi tekanan kepada orang sekeliling untuk turut serta, padahal poket sedikit KURENG..hu hu..

Selepas majlis, sengaja wa risik kepada abang ipar wa...la rupana takdalah mahal sangat. Sewa dewan sekitar B1500 saja.  . Berbanding dengan duit Malaysia memanglah  mahal. Tapi untuk memperolehi dewan setara ini di sini, aku rasa tak mungkin dapat dengan harga serendah itu... Pada aku perbelajaan perkahwinan di Brunei masih berpatutan. Kira murahlah  berbanding pendapatan yang diterima juga dalam matawang Brunei. Congak congak ringkas aku menjangkakan kos majlis tak  mencecah belasan ribu Brunei walaupun majlis turut diserikan dengan kehadiran 200 tetamu termasuk Duta Malaysia ke Brunei dan tetamu kehormat lain...Tapi kalau disini ..? Jangan wei...!


Kalaupun dulu tak bersanding didewan-dewan gah seperti ini, namun masih berpeluang bersanding juga sekarang walaupun  secara curi-curi macam ini..he he..

Selamat pengatin Baru kepada Asraf dan Elya...juga kepada kami...he he...

Monday, June 4, 2012

Saat itu akan tiba...!





Pagi Ahad 3 Jun kami berkayuh lagi di FRIM...buang lemak yang bertepek setelah hampir seminggu makan tidur di Brunei. 4H3M disana bertambah 2 kilo berat badan. Patut pun pakai seluar terasa sendat dipinggang. Kayuh ke FRIM ikut jalan belakang bermula dari Hospital Sg Buloh. Jarak dicatatkan 23km. berkayuh ni memang best ...tersangat penat dan muak berkayuh. Betul-betul puas, balik rumah, mandi, solat terus Zzzzzz...



Seronok berkayuh disini walaupun matahari menegak dilangit, sausana sekeliling tetap nyaman...



Cuba korang perhati brader baju biru tuh... lencon baju dengan peluh..ini baru betul puas berkayuh..bukan tipu-tipu siram air ok. mengah tak hilang setelah mendaki bukit, sampai nak terputus urat nafas. juga urat keting...ha ha..kalau macam ni punya riadah , balik rumah nak membedal nasi seperiuk pun ok. makanan yang diambil ditukar menjadi tenaga., bukan jadi penyakit..

Bila keletihan hingar bingar anak-anak bercuti tak jadi masalah. tidur tetap tidur..Sedar-sedar pukul 3 ptg. Cantik..! haritu ada perlawanan hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh Perak. Malaysia lawan Korea. tapi tak berapa teruja menyaksikan perlawanan sebab perlawanan adalah anti klimaks. penentuan tempat ke 5 dan ke 6. Aku tengok lebih kurang saja sekadar memenuhi waktu sementara tunggu jam 5 ptg. Yang ini memang aku tunggu-tunggu..GP moto3. Ho ho...

Dari mula sampai akhir aku terpaku depan TV...Panas punggung tak senang duduk, tapi sejuk kaki asyik-asyik ikut tekan brek  bila pelumba mula masuk konar dan nampak rider mula merapati antara satu sama lain..huh huh.. nampaknya melepas lagi harapan anak jawa Banting naik podium walaupun satu ketika beliau berada di tempat kedua, pertama.. tetiba jatuh ke tempat 11...berbaki 4 pusingan terakhir dapat rebut semula tempat ke 2.! yang tak best tengok race motor nih..walaupun pelumba berada dibarisan hadapan belum tentu boleh  menang perlumbaan. Pintas memintas sehinggalah ke pusingan terakhir. Melintasi garisan penamat berada ditempat ke 8...Syabaslah jugak kerana masih dikelompok sepuluh terbaik...baca paper hari ni masalah brek mengganggu tonggangan beliau...hu hu..patut pun bila ambik konar tetiba gerombolan pelumba lain dapat memintas dia...

16hb nanti cuba lagi di Silverstone England ..Mungkinkah saat itu..?

Go Zulfahmi..Go.!!!!!!