Bila keluar artikel di dada-dada akhbar mengenai cerita-cerita berikut, memang aku pelik berdasarkan respond yang diberikan...
1. Ibubapa menyerang sekolah kerana masalah displin anak,
2. Wang hantaran dan kos perkahwinan semakin mahal,
3.Kesedaran menjaga kebersihan kekal rendah...
Apa tak peliknya bila keluar artikel sebegitu semua memberi respond seolah-olah tidak bersetuju dengan individu yang bersikap begini...Hakikatnya adalah bukan begitu..Bila berhadapan dengan situasi sama perkara yang ditentang dulu kini turut sama didokongnya. Report polis oleh ibubapa terhadap pihak sekolah tetap bertambah...Hantaran dan kos majlis untuk menyatukan dua insan, samada uda dara, janda atau duda berkahwin tetap mencanak naik, kalau dulu hanya majlis kahwin meriah kini ramai yang seolah telah bersedia menyiksa diri untuk mengegakgempitakan majlis merisik, pertunangan, belum lagi majlis sesudah kahwin seperti majlis potong jambul , berkhatan dsb...dan tahap kesedaran menjaga kebersihan tetap ditakok lama bahkan semakin teruk setelah mengambil kira latar belakang si pengotor tersebut...Pelakunya kekadang bukannya tak berpelajaran...bahkan orang berjawatan...ish-ish berpelajaran tak semestinya cerdik rupanya...
Mintak maaflah perokok-perokok sekalian...Sungguh aku tak faham dengan sebahagian besar mereka ini...sedut asap pandai, buang puntung tak pandai...Kekadang atas meja tersergam ashtray, lantai juga jadi sasaran. Kalau ditepi jalan persimpangan lampu isyarat usah ceritalah...Tiadakah langsung rasa bersalah dan tidak berserabutkah melihat sausana kotor begini...?
Jomlah kita membetulkan diri ...Mohonlah ibubapa, adik abang, cikgu-cikgu, ketua jabatan..argh semualah...sentiasa berpesanan kepada orang sekelililng. Tegur-menegur ke arah kebaikan adalah tanggungjawab bersama. Kita mampu mengubahnya...
No comments:
Post a Comment