Pada peringkat umur pencen, ramai yang beralih ke kebun untuk mengisi waktu lapang. Cuma ketika usia begini tidak lagi boleh terlalu mengharap merasai hasil kebun, apatah lagi jika baru bertatih mengusahakan kebun. Kita hanya berikhtiar, siapa yang akan dapat merasai hasil itu tawakal.
Harini melawat kebun rakan di Gesir Tengah, Behrang. Kebun seluas 7 ekar berada di puncak bukit. Dah dapat bayangkan suasana dusun ketika pokok -pokok telah dewasa nanti..cuma untuk mencapai ke tahap itu pasti banyak cabaran yang terpaksa ditempuh.
Kebun telah dibersihkan, teres juga busut- busut pokok durian telah disiapkan namun penanaman belum dimulakan. Penanaman akan dimulai dari anak pokok yang disemai dari biji sepokok dalam Rm5, setelah besar dan stabil nanti baru dikahwinkan. Cuma cabaran utama puncak bukit adalah mendapatkan bekalan air.
Ketika musim panas sekarang menanam anak pokok tanpa disiram ibarat mencampakkan wang ke dalam lubang. Sia- sia..
Meronda ke kebun- kebun jiran mendapati ramai pemilik bukan orang tempatan. Ramai yang tinggal di Lembah Klang, paling kurang 2 jam perjalanan. Sempat bersembang dengan salah seorang pemilik dari Damansara, kebunnya sangat terjaga, pokok- pokok buahan pelbagai spesis berusia lebih 3 tahun. Beliau menetapkan hari Sabtu sebagai hari kebun. Tenang dan damai melepak di kebun.
Dengan jarak ulang alik yang begitu jauh, apa yang pasti jika tiada kegigihan nescaya kebun akan menjadi hutan simpan semula.
Moga kami sentiasa istiqamah...
No comments:
Post a Comment